kalam pembuka bicara

Saturday, July 24, 2010

hari pertama di kelas taranum al quran




assalamualaikum...

alhamdulillah,dikesempatan ini dpt juga ana menulis di teratak maya ini dengan sedikit cerita tentang peristiwa yg berlaku pada hari ini...syukur pada Allah dengan limpah dan rahmatnya ana di beri peluang untuk mengikuti kelas taranum al quran yg dianjurkan oleh pihak kolej di bawah naungan ustazah hasiah iaitu pensyarah bagi jabatan syariah dan undang-undang...

kelas yang sepatutnya bermula pada 8.30 pg ditunda pula ke pukul 9.00 gara2 ramai ahli2 lama
tidak muncul tiba...ini kerana kelas taranum ini bertembung dengan aktiviti2 kokurikulun wajib seperti wataniah,PBSM dan taekwando(betul ejaannya..??)..so yang hadir ke kelas taranum ni adalah hampir 20 orang(so sad...bende baik ramai yg tak nak join...kalau audition AF ke MENTOR ke...nah,berbaris panjang nk masuk)..tp takpe la...ana disini sebenarnya bukanlah pandai bertaranum pun...basic 0% je..tapi kalau nk tiru(atau kate lain mengAJUK)..boleh la..huhu..

kelas bermula sekitar 9.30 setelah ustazah raudhah dan suaminya tiba...sesi bermula dgn berselawat ke atas nabi junjungan Muhammad s.a.w dan bacaan doa...selepas itu ustazah memberi penerangan dan pengenalan lagu2 untuk bertaranum ini..(part ni paling best skali)..
subhanaAllah...ana sungguh khusyuk mendengar bacaan oleh ustazah raudhah tadi..ustazah menunjukkan contoh dan cara lagu bayati dibawa..sambil2 itu kami pn cuba2 untuk melagukan seperti ustazah tadi..

selepas itu..ustazah turut memperdengarkan cara dan alunan lagu2 yg lain seperti shoba',hijjaz,nahwand,jiharkah dan sikah..di samping itu kami pn turut mengikuti apa yg di baca oleh ustazah..(praktis dulu)...saat yg mendebarkan hampir tiba..kami di minta seorang demi seorang untuk membaca surah di pilih oleh ustazah iaitu surah al mulk(bab ni ana mmg gugup kalau nk present depan org..OUT,huhu)...tp ana dan inform kat ustazah yg ana tiada basic dalam taranum..tp jawab ustazah 'tak mengapa..ustazah nak dengar suara enta je,nk tentukan range suara tu'..huhu..(ingatkan boleh mengelak tp tak dapat jugak..)..sampai la giliran ana...Allahuakbar..jantung memang berdebar je...terus terang ana baca al quran tadi mmg sangkut2..(darah gemuruh dah dtg)...apa yg ana baca adalah secara muratal yakni bacaan yg tiada berlagu..alhamdulillah,ustazah raudhah ni pun sporting orangnye..beliau bimbing ana satu persatu...

pada hari ini ustazah lebih menekan dengan lagu bayati..apa yg di maklumkan oleh ustazah,beliau nak kami mahirkan dulu dan tahu melagukan lagu bayati dulu sebelum pergi ke lagu yang lain...ustazah pun turut berpesan pada kami bahawa mahirkan hukum2 tajwid dulu baru sebelum ke level seterusnya..

insyaAllah,kelas yg akan dtg ana nk cuba tarik lagi orang supaya masuk kelas taranum ni...yelah,kalau kita tak rebut peluang yang ada ni,bila lagi peluang ni nk dtg kan...so dikesempatan ni mmg ana sengaja men'campak'kan diri ke ke lembah kebaikan..biarkan,diri dah selalu sangat di manjakan..so apa salahnya kita berubah dan cuba merebut peluang yang Allah s.w.t berikan...kita kena ingat,dunia ini hanyalah platform sementara sebelum menuju ke akhirat yg kekal abadi...berbalik pada fitrah manusia dijadikan ke dunia hanyalah tidak lain untuk sujud dan taat pada PENCIPTANYA...

ayuh,ana sarankan pada sahabat2 ana yang lain,mari kita berubah ke arah keredhaanNya....
sekian...

0 comments:

Post a Comment