kalam pembuka bicara

Tuesday, January 5, 2016

Duhai jiwa yang meronta.

Gerak langkah kian perlahan,

Hela nafas kian sukar,

Gelak tawa kian hilang dari jiwa,

Dimanakah ?

Dimanakah harus aku temui,

Kebahagiaan itu?

Yang kini makin hanyut jauh dari sanubari.

Temanku,

Aku lemah, tak terdaya tanpa mu,

semangat dan sokongan mu aku tagihkan,

usia makin mencemburui diri ini,

tanpa jejak dan sinar yang ada,

aku hanyut bagai dedaunan kering di bawa arus mengalir,

Nak menangis tapi begitulah,

Suratan....

Ku tetap sendiri,

Jatuh dan bangun,

tanpa menoleh kerana bukan ada siapa yang membantu,

ku mencemburui masa lalu,

kita sama-sama mengengam erat matlamat dan harapan,

Kini...

Dan kini..

Suratan takdir,

Ku kan tetap sendiri

Menuju Jalan yang diredhai.










Thursday, September 17, 2015

percubaan dengan html icon cute ni

sejak dari dulu lagi aku suke main dengan icon ni ,
kalau install di laptop senang je,, tapi dah pkai desktop ni, susah la plak,

Thursday, September 10, 2015

Menjadi Orang Beriman




Kita semua jika boleh mahu jadi hambaNya yang lebih baik, yang bukan saja disayang Tuhan, malah disayangi insan. Kita mahu jadi lebih beriman, namun kita kadangkala perlu diingatkan dan perlu dinasihati. Tak apa, asal saja kita mahu ditegur, sedar dan mahu belajar, insyaAllah kita mampu menjadi hambaNya yang baik. Teruskan berjuang, jangan pernah menyerah, insyaAllah.


4 Sebab lemah iman:
- Jauhi dari Al-Quran dan Sunnah
- Meninggalkan persekitaran yang menyuburkan iman
- Tidak berkawan dengan orang beriman
- Terlalu terikat dunia lupa akhirat


Cara tingkatkan iman :


Mohon doa , beramal, jangan tinggal al-Quran , bawa hati dan cintai dunia, cari ilmu, paksa buat baik, ingat mati dan kubur
Tanda munafik dalam solat ; ( Ibn Qayyim punya pendapat ) :
-Bangun solat rasa malas, solat dengan niat menunjuk, lengahkan solat, solat tergesa, sangat ingat Allah ketika solat, tinggalkan solat jemaah


Sesiapa yang takut kepada Allah, tiada sesiapa yang boleh menyakitinya. Manakala sesiapa yang takut kepada selain daripada Allah, maka tiada sesiapa pun yang mampu menolongnya. – Fudhail Bin Iyadh


Sebaik perkara adalah yang sederhana.


22 Cara Dapatkan Barakah :
- Cari rezeki halal
- Bekerja dengan cemerlang
- Lakukan baik kerana Tuhan
- Elakkan riba
- Sedekah dan keluarkan zakat
- Selalu ingat Allah
- Yakin rezeki dari Allah
- Jangan tinggal solat
- Serikan rumah dengan bacaan Al-Quran
- Pemurah
- Hormat ibubapa
- Jalinkan siraturrahim dengan saudara-mara
- Jauhi berbohong
- Bayar balik hutang
- Mulakan pekerjaan pad awal pagi
- Makan secara berjemaah
- Jemput orang alim makan
- Sellau istighfar
- Akhlak mulia
- Hidup sederhana
- Selalu berdoa

7 Ciri penghuni syurga firdausi
- Beriman
- Fokus dan bersunguh-sungguh
- Utamakan yang utama
- Tidak selfish
- Mahalkan diri
- Jujur dan amanah
- Displin

Jangan pernah melawan sunnatullah pada alam, sebab ia pasti mengalahkanmu. Tetapi gunakanlah sebagiannya untuk menundukkan sebagian yang lain, niscaya kamu akan sampai tujuan.- Imam as-Syahid Hassan AL Banna.

TIGA ASPEK ORANG BERIMAN

- Aspek percakapan Nabi SAW pernah bersabda , “Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga lurus hatinya. Dan tidak lurus hatinya sehingga lurus lidahnya”

“Sesungguhnya kata-kata itu berada di dalam hati. Dan lidah itu hanyalah dijadikan untuk menjadi petunjuk kepada apa yang ada di dalam hati” -penyair

- Hubungan dengan jiran
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda bermaksud , “ Tidak masuk syurga seorang yang jirannya tidak aman daripada kejahatannya” (HR Muslim)

- Memuliakan tetamu

Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat, ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda "Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya jamuan tambahannya." Mereka bertanya :"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah "Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya "Menerimatamu itu hanya tiga dan barang siapa yang lebih dari itu, adalah sedekah.".Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik atau diam saja" - Hadis sahih riwayat Muslim

Doa " “Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, dan mensyukuri nikmatMu dan berbuat baik dalam pengibadatanku”.



Sekian, moga kita istiqamah untuk menjadi lebih baik dan beriman. Tuhan menilai sekecil-kecilnya usaha kita. Asal saja kita berusaha, lakukan terbaik dan teruskan berjuang kerana Dia. Semoga kita sama-sama masuk syurga, insyaAllah.



Sumber ; Majalah Solusi, AL Islam, Jom & Iman
kredit : http://arnamee.blogspot.my/2015/07/menjadi-orang-beriman.html

Tuesday, October 14, 2014

blog dah huru hara

Assalamualaikum wbt,

Hi all.

maaf pada viewers semua..

buat masa ni mood nk berblog sudah semakin kurang,

so gue tak rajin nk explore mendalam bab2 ni..

bila skali nk cuba edit..

makin ketinggalan rasenye..

btw..insyaAllah..

blog ini akan tetap direpair sepenuhnya ANDAI mood itu kembali.

sebabnya dsini lah bermula suatu IMPIAN yg dulu aku lakarkan..ngeeee..

Tuesday, November 26, 2013

(entri tanpa suara) diam itu diriku ~_~'








 الصَّبْرُ يُعِيْنُ عَلىَ كُلِّ عَمَلٍ

-Kesabaran itu menolong segala pekerjaan-












Saturday, October 19, 2013

Di antara Dua Dosa


Perkara yang dicari dalam kehidupan seorang muslim ialah kebajikan dan kebaikan yang boleh dijadikan bekalan ketika bertemu Allah s.w.t.




Firman Allah s.w.t :


"Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat,tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa. [Al-Baqarah ayat 177 ]


Ertinya, nilai amal seorang itu akan dikira sekiranya amal itu didirikan atas keimanan kepada Allah dan keikhlasan melakukannya. Manakala dosa yang dilakukan oleh seorang menyebabkan dia semakin jauh daripada Allah s.w.t.


Dosa itu boleh berlaku apabila manusia meninggalkan kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah telah menfardhukan kefardhuan maka jangan kamu persia-siakan".

Sekiranya manusia membuat perkara fardhu, maka dia telah mendapat jaminan syurga walaupun tidak menambah dengan perkara-perkara sunat.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa seorang badwi telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w : " Ya rasulullah tunjukkan kepada saya satu amalan jika saya lakukan maka mendapat memasuki syurga"

Baginda menjawab: "Kamu menyembah Allah dan kamu tidak menyekutukuiNya dengan sesuatupun, kamu mendirikan solat yang wajib, kamu menunaikan kewajiban berzakat dan kamu berpuasa dalam bulan ramadhan".

 Lelaki itu berkata: "Demi diriku yang berada di bawah kekuasaan Allah,aku tidak akan menambah atau mengurang daripada amal-amal tadi".

Apabila lelaki itu beredar Baginda bersabda: " Sesiapa suka melihat salah seorang penghuni syurga maka lihatlah kepada lelaki tadi".

Dosa juga boleh berlaku apabila seseorang itu melakukan larangan-larangan Allah yang berupa dosa kecil mahupun dosa besar.

Antara kesalahan-kesalahan itu ialah membunuh, memakan harta anak yatim, kesaksian palsu, minum arak, berzina, berjudi, dan memakan riba sebagaimana telah ditegaskan oleh Allah s.w.t :









“Hai orang-orang yang  beriman, bertakwalah  kepada Allah  dan  tinggalkanlah  sisa-sisa  riba. jika  memang  kamu  orang  yang  beriman.  Jika  kamu  tidak melakukannya,   maka   terimalah   pernyataan   perang   dari Allah  dan  rasul  Nya  dan  jika  kalian  bertobat  maka  bagi kalian adalah modal-modal, kalian tidak berbuat zalim dan tidak  pula  dizalimi”. [ Al-Baqarah : 278-279 ]


Sehubungan dengan itu kita mesti berhati-hati dalam kehidupan agar kita dapat menjauhi dosa-dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil dan sentiasalah kita memohon ampun kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mengasihani dan Dan Mengampuni dosa hamba-hambaNya.

wallahu'alam.

Al Faqir ilallah.