kalam pembuka bicara

Tuesday, February 28, 2012

rintihan hati

Tiada kata-kata mengambarkan perasaan,
Tiada riak wajah dapat menafsir tafsiran hati,
aturan langkah yg dahulu deras kini perlahan,
nada yg dahulu lantang kian perlahan sayup.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.
Ku mohon kepadaMu Kekuatan,
Untuk daku terus gagah kembali,
memegang panji dalam mengapai keredhaanMu,

Tiada lain tempat untuk ku mengadu,
Hanya padaMu yang Abadi mendengar rintihan hati ini,
Jauh lontaran pandangan mendustai perasaan,
tiada yang bisa mententeramkan jiwa melainkan hanya pada Mu,
Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang..

Allahurabbi
mood : cukuplah Allah bagiku segalanya dalam setiap urusan
solution : need a rest(terlalu disibukkan dgn urusan dunia)

Sunday, February 5, 2012

baucer RM200 dan apa yang dibeli.??

Alhamdulillah,dengan kesempatan ini dapat lg menulis di teratak maya ini,sekadar ingin berkongsi pada pengunjung yg mulia tentang baucer RM200 yang diterima baru-baru ini,pada awalnya memang tak tahu nak beli ape..tapi setelah berjalan-jalan,berpusing-pusing di kedai buku yang dikunjung..barulah dapat dikenal pasti apa yang hendak beli.,tapi yang lebih utama adalah tumpuan pada buku mengenai mata pelajaran yang diutamakan(mak ana dah pesan,beli buku untuk belajar),tapi alhamdulillah,kos dakwah ni bukanlah satu kos yang slilibusnya tertumpu pada suatu topik,ia merangkumi maklumat dan ilmu yang luas tentang kehidupan ini,.dan sekadar ingin berkongsi buku apa yang telah dibeli,ada sesetengah buku yang memang dah 'target' lama..tapi keadaan 'bank' yang tak mengizinkan ^_^,terpaksa ditangguhkan dahulu pembeliannya

inilah antara buku-buku yang terpilih untuk dibeli :



.: Biografi Muhammad Bin Abdullah :.
-buku inilah menjadi sasaran lama untuk dibeli,kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW kenalah mengenali lebih dekat mengenai sejarah hidup Baginda Rasulullah agar dapat menjiwai dan memahami riwayat hidup Baginda.




.: Jampi jelmaan Al-Quran & Hadis :.
-buku yang berkisarkan tetang ayat-ayat yang terkadung didalam Al-quran mengenai cara dan bagaimana hendak merawat menggunakan ayat-ayat suci ini.Diriku memang bercita-cita ingin membantu org dalam perubatan islam,tapi sebelum tu kenalah mendalami dan belajar dulu kaedahnya,so kepada sesiapa yang berhajat nak belajar perubatan islam,boleh lah cari buku ini,buku-buku lain pun ada juga,so mane yang dekat dan mudah difahami.boleh lah beli.


.: Keluarga Bahagia dengan ASMAUL HUSNA :.
-buku ini best sangat bagi ku,bukan apa,,sebelum ini pernah dianjurkan seminar mengenai ASMAUL HUSNA ini,so amat menariklah bagi sesiapa yang mencari bagaimana hendak mengharmonikan rumahtangga denga asamaul husna,maaf tak dapat nak kongsi lebih lanjut,pasal blum habis baca lg ni..hehe



.:Soal Jawab tentang remeh temeh Nikah Kahwin:.
-alasan nak beli buku inilah adalah kerana nak tahu je mengenai ilmu perkahwinan ni,hehe,dengan usia sebegini,wajar jugak la dah patut tahu apa yang perlu.^_^



.: Pesona Solat Tahajud :.
-tujuan beli buku ini adalah untuk memahami dengan jelas tentang solat tahajud.^_^


.: Tazkirah :.
-hidup kita perlu di tazkirah..so tazkirah..tazkirah..tazkirah ^_^,sekadar menjadi panduan hidup dalam kehidupan.


.: Fokus Klik :.
-sekadar memenuhi keperluan hobi,kena lah belajar kaedah dan tekniknya dahulu.


.:Kuasai fungsi dan kawalan:.
-kesinambungan dari buku diatas,^_^

dan ada lagi buku-buku yang hendak dibeli tapi tak jumpa lagi..adush!!,tapi takpe,kupon ade tinggal RM50 lg.so ade mase nnt daku serang lagi tempat tu


.: 100 tokoh dalam dakapan RASULULLAH :.
-tinggal buku ini sahaja yang hendak di cari dan perlu didapatkan,perlu bagiku untuk persediaan sebagai seorang bakal daie dibumi Allah ini.

MINI PERPUSTAKAAN
-sem ni dapat almari single yang besar..so manfaatkanlah sepenuhnya ruang yang ada..


.: sket je buku dalam mini perpustakaan ni,selebihnya dah simpan kat rumah (hehe) :.
yang ada ni bukan semua habis dibaca,so eloklah perabihkan yang ini dulu.