kalam pembuka bicara

Sunday, September 27, 2009

Wanita Solehah

Wanita Solehah...
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah...

Thursday, September 24, 2009

Kelebihan Surah Al-kauthar

1.Surah ini paling pendek,hanya mengandungi 3 ayat dan di turunkan di mekah dan bermaksud sungai di syurga.

2.Kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

3.Rasanya lebih manis daripada madu,warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1.Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T. makbulkan doa kita.

2.Jika kita kehausan dan tiada air,bacalah surah ini dan gosok di leher,insyaAllah hilang dahaga.

3.Jika sering sakit mata, seperti berair,gatal,bengkak,sapurkan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4.Jika rumah dipercayai terkena sihir,baca surah ini 10 kali,mudah-mudahan Allah
S.W.T. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5.Jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah.

6.Jika rajin membacanya,hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7.Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.

Kemaafan Di Aidilfitri - Inteam

Ada masanya ketika ribut cabaran
Melanda menerjah diri
Pada sekeping hati, teralpa jua kita
Pada kelembutan budi pekerti

Ada ketikanya sering kita lupa lagi
Pada halusnya nurani
Terusik persaudaraan
Tergurislah perasaan
Walau itu bukan maksud dan tujuan

Sampai masanya aidilfitri bertamu
Di ruang waktu bagai biduk lalu
Di samudera kalbu lalu kiambang
Persaudaraan bertaut semula

Terciptalah kemaafan, terukir keampunan
Pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
Tak kan lama ianya terpisah
Bertaut di hari raya

Pada nur ramadhan yang terus membara
Sinar kemeriahan syawal pun menyala
Kita raikannya dengan indah bersaudara
Dan jadi sebagai tangan kiri dan kanan

Yang sentuhan keduanya
Saling membersihkan
Kembali kepada fitrah
Kepada ukhuwah
Kembali seluruhnya kepada Allah
Berkah di hari raya

Maafkan saja segala sengketa lama
Yang membeku di jiwa
Di bulan yang mulia hari yang bahagia
Moga ukhuwah terjalin selamanya

Lagu: Abai Os
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Tuesday, September 22, 2009

Dua pengorbanan mata

DARIPADA Ibni Abbas katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka, iaitu
mata yang menangis kerana takutkan Allah dan
mata yang berjaya mengawal pada jalan Allah.

Pengertian

Dalam hadis ini, Rasulullah menyatakan dua pengorbanan mata yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Pertama,
mata yang menangis berlinangan semata- mata kerana takut kepada Allah.

Kedua,
mata yang berjaga malam mengawal dalam perjuangan meninggikan Islam.
Sehingga api neraka yang panas bernyala-nyala itu padam dan tidak membakarnya lagi.

Kesimpulan
Bertakwalah kepada Allah dan tangisilah segala kesilapan yang lalu.
Berjuanglah pada jalan-Nya dan berhati- hatilah mengawal agama dari ancaman musuh.

Saturday, September 12, 2009

Andai Kau di Sini

Berkerdipan bintang di langit
Memancarkan cahaya
Menerpa kehidupan yang bersungguh
Mengejar cita

Pernah ku mendaki gunung tinggi
Agar disanjungi
Meredah lautan yang luas
Untuk dipuja dan dipuji

Namun bila hilang semua
Di manakah saudara
Yang tinggal hanya helaian
Yang tiada pernah ku buka

Walau sejauh mana ku berlari
Tak mungkin sembunyi
Apa yang di genggaman
Untuk ku tempuhi dan diuji
Sejauh manakah keteguhan imanku

Ooo.. kaburnya pandanganku
Apa esok yang menunggu
Namun pasti, seandainya KAU di sisi
Hatiku takkan sendiri
Sejauh manakah keteguhan imanku

Walau sejauh mana ku berlari
Tak mungkin sembunyi
Apa yang di genggaman
Untukku tempuhi dan diuji
Sejauh manakah keteguhan imanku

Andai KAU di sisi.. hatiku tak sendiri
Seandainya KAU di sisi..hatiku tak sendiri

Jangan putus asa berdoa..

Pesan Rasulullah: ‘Jangan putus asa berdoa’

DARIPADA Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud:

”Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang seperti)

memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.”

Lalu Baginda ditanya oleh seseorang: “Apa maksudnya meminta dicepatkan?”

Jawab Baginda: “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:

”Aku berdoa, aku berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan.
Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Hadis riwayat Muslim)