kalam pembuka bicara

Thursday, August 25, 2011

~Duhai hati..tenteramlah~

Bilamana hati ini terasa sepi,jauh sudut hatiku tidak sekalipun melupaiNya,lumrah seorang manusia,adakala ia gembira,sedih,sunyi dan pelbagai lagi perspektif takrifan manusia..ku jua tidak terlepas darinya.,AllahuAkbar..Ku berdoa dan terus berdoa..tetapi terasa sesuatu yang menjadi penghijab antara KAU dan aku,Bantulah diri ini Ya Allah..
dalam diri ini mencari-cari ketenangan sambil berdoa,
lantas teringat sepotong ayat Al-quran yang mafhumnya :

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)

Ya Allah,mudahnya aku melupaiMu tatkala senang..Bilamana susah barulah merangkak kepada Mu meminta secebis simpati dalam keredhaanMu..

Ya Allah,pimpinlah hati ini menuju jalan yang KAU redhai,tunjukkan ku arah,dan janganlah biarkan diri ini berpaling daripada Mu,,Ya Rabb..Dalam kerendahan aku perlukan naungan Mu untuk membetulkan diri...tidak semudah disangka,tetapi segalanya MilikMu..kepada Mu jualah yang layak ku tagih simpati..

Monday, August 8, 2011

Ramadan beri peluang bersih jiwa

IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.
IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.

Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih.

Mereka dapat menahan nafsu sama ada nafsu jantina, makan minum serta melawan diri daripada melakukan sifat tercela seperti mengumpat dan mengeluarkan kata-kata kotor dan lucah.

Begitu juga dari segi kesihatan. Inilah masanya tubuh kita berehat selepas sepanjang masa bekerja tanpa henti.

Al-Tobrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat rampasan perang, berpuasalah kamu nescaya kamu sihat dan musafirlah kamu nescaya kamu senang.”

Puasa juga mempunyai rahsia di sudut kemasyarakatan iaitu memupuk perasaan rahmat dan kasihan belas terhadap anak yatim dan fakir miskin.

Perkara ini kerana orang yang kaya dapat merasakan lapar dan dahaga yang dihadapi fakir miskin.

Tentulah orang yang beriman dan pengasih akan tersentuh perasaan untuk berkasih sayang dan menolong orang yang tidak berkemampuan.

Oleh itu, jadikanlah Ramadan dan ibadat puasa yang kita kerjakan tahun ini sebagai madrasah yang dapat mendidik keimanan dan ketakwaan kepada Allah