kalam pembuka bicara

Sunday, June 16, 2013

Syair terakhir Imam As Syafie...

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah admin disini nak share sedikit mengenai bait-bait syair terakhir oleh Imam As Syafie,moga ia menjadi pedoman dan tauladan buat kita yang hina ini disisi Allah SWT.
_________________________________________________________________

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan


وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا

sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah


ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku


جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمـاـ

kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu


فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.


تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?


ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا

dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku


عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku


ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan


ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku


و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa


ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه

dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya


وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu


يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى


kupelihara kasihku yang dicemari nafsu


وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar


فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى

di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap


تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini


وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan(martabatnya).

0 comments:

Post a Comment