kalam pembuka bicara

Thursday, June 24, 2010

last week..



assalamualaikum..

sedar tak sedar minggu ni adalah minggu yg terakhir ana 'free'...
tak lame lagi bersawanglah blog ni dari segala aktiviti2 dan update yg terkini dari ana..
keputusan telah dibuat..muktamad..!!..segalanya telah selesai diperbicangkan..
kini semua terletak dibahu ana untuk menggalas tanggungjawab yg diberikan...
Alhamdulillah..ana di anugerahkan sahabat2 yg begitu prihatin dan baik terhadapa ana.
syukran semuanya..kalian mmg begitu bermakna disisi ana...

erm..sedih jgk nk buat keputusan ni..ye lah,..kene tinggal perkara2 yg ana dah biasa lakukan...
antaranya...mengajar nasyid di SRA dan Tadika...Ya Allah...berat sungguh nk lepaskan amanah yg telah diberikan ustaz dan ustazah di sekolah itu..seperti sedia maklum..ana mmg mudah mesra dgn kanak2..lg2 dgn adik2 di ummul qura selayang tu dan tadika selayang indah...
dan ada diantara adik2 ku ini seakan tidak percaya..huhu..almaklumlah..ana mmg rapat sungguh dgn adik2 ummul qura ini...ade yg mengatekan..'erm..abg,tak best lah tahun dpn abg xde...mesti boring'...aduh,berat sungguh mendengarnya..tp Allah jua mengerti kehendak ku ini..ana ade bgtau pada mereka...'ala..abg hazim n taufiq kan ade..same je diorng ajar..ajar nasyid jgk.huhu'
jawab mereka..'abg hizami ajar tak same dgn abg taufiq n abg hazim ajar'..bukan ape...sahabat ana taufiq n hazim ajar bkn mereka tak suka...cara mereka lebih serius dan tegas mungkin itu yg mereka takutkan..(hehehe..maaf ye taufiq n hazim)..kalau cara ana pulak,,lebih kpd 'main2'..
nk senang citer..tak serius la..tp pendekatan yg ana bwk ni sesuai dgn keadaan mereka..huhu,
tp bagus jgk ade org yg ditakutkn mereka ni..huhu..terkawal sket..

ana ingat lg pesan seorang sahabat ana,,"kadang2 tu kita kene jgk lepaskan apa yg kita sayangkan"..puas sudah ana pujuk hati ini agar menerimanya..tp ana seorang manusia yg lemah serta hina..kadang2 tu rase susah jgk nk lepaskan..tp satu je ana fikir...'Demi Masa Depan'...cerah atau malap bergantung pada keputusan ana hari ini..

Dan satu lagi perkara yg pasti ana akan rindui..bila terpaksa berjauhan dgn adik2 dirumah ana..adik2 yg dimaksudkan adalah anak2 jiran ana..mereka semua ibu ana yg jage bila ibu dan ayah mereka bekerja..almaklum..ibu ana suri rumah sepenuh masa..bdk2 jagaan ibu ana dalah dlm lingkungan 3 hingga 9 tahun..semuanya ada 4 orang dan keempat2nya adalah perempuan..huhu..tiap2 petang kalau ade kelapangan ana akan bawa mereka jalan2 sekitar kawasan perumahan..huhu..seronok bila melihat gelagat mereka bermain..yg paling kecil sekali adalah berumur 3 tahun..seorang kanak2 sindrom down...tp yg inilah yg paling rapat dgn ana..pantang dengar bunyi kunci rumah..die mesti berlari kearah ana..nak ikut ana keluar sekali...mmg cute...

aktiviti seharian ana selalunya tak sah kalau xde kanak2..mereka2 inilah yg selalu buat ana ceria..pada viewers...insyaAllah,selepas ini kalau ade masa ana akan updatekn blog ini..ana kene tgk jadual ana selepas ini..tak tahu bila masenye free..

Saturday, June 19, 2010

Allahuakbar..sesungguhnya DIA mengkehendaki sesuatu terhadap hambaNya..

Di Islamkan selepas mendengar maklumbalas dari Dr.Zakir...MasyaAllah..!


Thursday, June 17, 2010

KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca

'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Tuesday, June 15, 2010

Lembaran baru kehidupan

-tak tahu nk cerita ape...hanya gambar dapat menguraikan yg tersurat lagi tersirat..huhu
pada yg mengenali diri ini..mesT dapat tahu ape yg terkandung di benak pemikiran ku...pada Sahabat2 yg sentiasa mendampingi ku samaada dalam susah dan senang..ku menghargainya..hanya doa yg sentiasa membasahi bibirku untukmu wahai sahabat yg disayangi...moga kalian senantiasa dalam pemerhatianNya..insyaAllah...kalau nak sebut nama..takut tak adil pada yg lain..tidak mengapa..juz perkataan 'Sahabat' dan merangkumi semuanya..huhu:puteh_2:...Allahukabar...Allahuakbar..Allahuakbar...,,DIA telah menganugerahkan sahabat2 yg sungguh bernilai buat ku...

:pandaGeli_07: