kalam pembuka bicara

Saturday, July 31, 2010

Malam Mahabbah Palestine


Alhamdulillah...selesai sudah malam mahabbah palestine...erm,entry kali ni malas nak cerita..pasal xde idea..huhu..cuma ade gambar je la..itu pun tak banyak..so ni je la yg sempat diambil untuk tatapan teman..terlalu focus mendengar cerita dan pengalaman dari salah seorang anak kapal mavi marvara tu..huhu..



kesibukan dalam kelapangan..???

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat ilahi di atas limpah rahmatNya dapat lah ana meluangkan masa di teratak maya ini...erm,,,sedar tak sedar ana dah 5 minggu di bumi kuantan ni dan 4 minggu sudah berkuliah..,walaupun kelas dari pagi hingga ke petang,ana tidak sedikit pun terasa berat untuk pergi kerana pertama sekali...semua subjek sem ni best2 belaka..huhu,dari aqidah islam,fiqh ibadah,tahfiz,pengajian malaysia,pengajian islam dan tidak lupa juga english boleh dikatakan semua lecturer2 ini boleh dikatakan ceria dan gembira..tu yang rasa berkobar2 nak masuk ke kelas...

Alhamdulillah,keadaan di sini memang dititik beratkan dari etika pemakaiannya,pergaulan dan paling peting disini adalah menjaga waktu solat..(mmg tenang hati)...boleh dikatakan setiap ptg akan ada suara2 berkumandang membacakan hadith2 dan dalil2 mengenai solat ini dari bilik PA ..(so sape yg kat padang ke,mana2 yg tgh dok lepak lg..tak faham2 ke)...hehe.

kalau orang kata subjek apa yg paling best..ana mesti pilih subjek aqidah islam..MENGAPA..??..huhu..firstly,tentang lecturernya,ustaz nazri...,ustaz nazri ni kalau dia mengajar mesti dia akan selitkan unsur2 lawak jenakanya..dan dia paling suka kaitkan2 bende2 yg kalau ikut logik mmg btol..tp ia boleh membuatkan ana ketawa..dan keduanya..ustaz nazri suka sangat bercerita...dah nama subjek aqidah..ia lebih memerlukan kepada kemahiran kita untuk berfikir..erm,,dan ketiga,ustaz ni mmg comel..huhu,dgn ketinggian yg agak sedang2,ditambah lg dgn saiz badan sedikit berisi,,dan paling utama..PIPInya..huhu tembam,membuat ana teringat kanak2(ana ni mmg sukakn kanak2)..huhu..mmg cute..maaf ustaz..!!(takut ustaz terbaca plk..hehe).,dan alhamdulillah,ana jarang miss kuliah maghribnya di masjid,ustaz nazri ni kalau dia berceramah mmg tak boring..apa yg ana lihat jemaah2 lain..tiada seorang pn yg menunjukan muka ngantuknya..

Dan disaat menghampiri minggu ke 5..maka bertimbun2 lah assgment2 yg perlu dihantar pada waktu dan tarikh yg telah ditetapkan..ada 6 assgment yg perlu dibereskan di antaranya :

1-Fiqh Ibadah
Tajuk : 1-Solat(umum)-assgment
2-Solat Jumaat(khusus)-present

2-Aqidah Islam
Tajuk : Beriman dengan hari akhirat :-pengkhususan tentang keadaan di padang masyar

3-Pengajian Kritis dan Kreatif(PKK)
Tugasan : kena buat persembahan samada lakonan,nyanyian atau sebagainya janji kena dengan subjek..huhu

4-English
Tugasan : Lakonan-kena lakon babak dlm cerita P ramlee dalam bahasa inggeris..

5-Pengajian Islam
Tajuk : gejala hubungan songsang..kene present nnt...

6-Tahfiz
Tugasan : kena huraikan dan tafsir surah Al-Ma'un dengan terperinci..

dengan assgment yg tak bnyak mana...erm,,boleh lah ana goyang2 kaki walaupun hati dah runsing memikir kerja mana perlu di dahulukan..ini kerana dateline kesemua subjek2 ini adalah pada waktu yg boleh dikatan hampir..

Alhamdulilah..dalam keadaan mcm ni pn..ana sempat melibatkan diri dengan persatuan2 kolej diantaranya Gerakan Mahasiswa Prihatin Kipsas (GEMPAK) dan Akademi Fasilitator (AFS)..
Persatuan GEMPAK ini menfocuskan matlamat mereka kepada Insan2 yg kurang bernasib baik samada didalam kolej dan diluar kolej termasuklah orang2 awam..ini yg menyebabkan ana berminat sgt menyertai persatuan ini..dan AFS.,dah memang dari dulu lagi berminat nak jadi 'abg' fasi..huhu,alhamdulillah,skrng ni ana sedang mengikuti asas-asas untuk menjadi seorang fasilitator..huhu,lepas ni boleh melibatkan diri dalam kegiatan2 fasilitator ni..hehe.

Di samping itu juga ana cuba berjinak2 dalam dunia tarannum ni..nak kate ada basic.,hehe.mmg KO la..tp ana mmg berminat nak belajar..alhamdulillah...Allah itu Maha Pemurah..Dia mempermudahkan segalanya untuk ana...Asyukura Ya Rabbi...dan yg mengajar tarannum adalah ustazah raudhah ..ustazah ni mmg baik sgt..dia tak kisah siapa pn yg hadir..dari yg tak reti bertarannum hingga yg ade basic..Ustazah tidak membezakan sesiapa sahaja anak muridnya..huhu..

erm..so ni la sedikit sebanyak yg ana dapat kongsi bersama2 dengan teman..insyaAllah..jikalau ana mempunyai waktu dan kelapangan..ana akan update blog ini dari semasa ke semasa..

Sunday, July 25, 2010

Ya Rasulullah



Ya Rasulullah

Seharum mekar bauan kasturi,
wajahnya indah terpancar seri,
Seisi Alam menjadi saksi,
lahirmu kedunia pelengkap misi.

tingkah tuturnya bagaikan keramat,
hala jalannya bertunjang kiblah,
nur syafaat seluruh ummat,,
memancar indah lembayung hikmah

dalam ketegasannya ada kelembutan,
indahnya bibir melirikan senyuman,
santun budimu menjadi tauladan,
menjadikan mu sebaik kejadian

tika saat ajal menanti,
bibirmu basah menyebut ummati,
seluruh alam seakan suram,
perginya seorang pejuang islam.

lirik : Bro dwanz n me
lagu : ???(huhu)

p/s : syukran to bro dwanz coz sudi subangkan idea untuk lirik ni...lirik tak lengkap lg..so sape ade idea..curah2kan la ye...ana mengalu2kan sesiapa sahaja..sekadar selingan .

Saturday, July 24, 2010

hari pertama di kelas taranum al quran




assalamualaikum...

alhamdulillah,dikesempatan ini dpt juga ana menulis di teratak maya ini dengan sedikit cerita tentang peristiwa yg berlaku pada hari ini...syukur pada Allah dengan limpah dan rahmatnya ana di beri peluang untuk mengikuti kelas taranum al quran yg dianjurkan oleh pihak kolej di bawah naungan ustazah hasiah iaitu pensyarah bagi jabatan syariah dan undang-undang...

kelas yang sepatutnya bermula pada 8.30 pg ditunda pula ke pukul 9.00 gara2 ramai ahli2 lama
tidak muncul tiba...ini kerana kelas taranum ini bertembung dengan aktiviti2 kokurikulun wajib seperti wataniah,PBSM dan taekwando(betul ejaannya..??)..so yang hadir ke kelas taranum ni adalah hampir 20 orang(so sad...bende baik ramai yg tak nak join...kalau audition AF ke MENTOR ke...nah,berbaris panjang nk masuk)..tp takpe la...ana disini sebenarnya bukanlah pandai bertaranum pun...basic 0% je..tapi kalau nk tiru(atau kate lain mengAJUK)..boleh la..huhu..

kelas bermula sekitar 9.30 setelah ustazah raudhah dan suaminya tiba...sesi bermula dgn berselawat ke atas nabi junjungan Muhammad s.a.w dan bacaan doa...selepas itu ustazah memberi penerangan dan pengenalan lagu2 untuk bertaranum ini..(part ni paling best skali)..
subhanaAllah...ana sungguh khusyuk mendengar bacaan oleh ustazah raudhah tadi..ustazah menunjukkan contoh dan cara lagu bayati dibawa..sambil2 itu kami pn cuba2 untuk melagukan seperti ustazah tadi..

selepas itu..ustazah turut memperdengarkan cara dan alunan lagu2 yg lain seperti shoba',hijjaz,nahwand,jiharkah dan sikah..di samping itu kami pn turut mengikuti apa yg di baca oleh ustazah..(praktis dulu)...saat yg mendebarkan hampir tiba..kami di minta seorang demi seorang untuk membaca surah di pilih oleh ustazah iaitu surah al mulk(bab ni ana mmg gugup kalau nk present depan org..OUT,huhu)...tp ana dan inform kat ustazah yg ana tiada basic dalam taranum..tp jawab ustazah 'tak mengapa..ustazah nak dengar suara enta je,nk tentukan range suara tu'..huhu..(ingatkan boleh mengelak tp tak dapat jugak..)..sampai la giliran ana...Allahuakbar..jantung memang berdebar je...terus terang ana baca al quran tadi mmg sangkut2..(darah gemuruh dah dtg)...apa yg ana baca adalah secara muratal yakni bacaan yg tiada berlagu..alhamdulillah,ustazah raudhah ni pun sporting orangnye..beliau bimbing ana satu persatu...

pada hari ini ustazah lebih menekan dengan lagu bayati..apa yg di maklumkan oleh ustazah,beliau nak kami mahirkan dulu dan tahu melagukan lagu bayati dulu sebelum pergi ke lagu yang lain...ustazah pun turut berpesan pada kami bahawa mahirkan hukum2 tajwid dulu baru sebelum ke level seterusnya..

insyaAllah,kelas yg akan dtg ana nk cuba tarik lagi orang supaya masuk kelas taranum ni...yelah,kalau kita tak rebut peluang yang ada ni,bila lagi peluang ni nk dtg kan...so dikesempatan ni mmg ana sengaja men'campak'kan diri ke ke lembah kebaikan..biarkan,diri dah selalu sangat di manjakan..so apa salahnya kita berubah dan cuba merebut peluang yang Allah s.w.t berikan...kita kena ingat,dunia ini hanyalah platform sementara sebelum menuju ke akhirat yg kekal abadi...berbalik pada fitrah manusia dijadikan ke dunia hanyalah tidak lain untuk sujud dan taat pada PENCIPTANYA...

ayuh,ana sarankan pada sahabat2 ana yang lain,mari kita berubah ke arah keredhaanNya....
sekian...

Sunday, July 11, 2010

Hirupan yang pertama




Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah...dah 2 minggu duduk berjauhan dengan keluarga..dalam hati,macam2 dah mula bibit kerinduan telah berputik...huhu...mungkin rmai keliru mahupun hairan..'kenapa duduk berjauhan pulak'..erm...nk dijadian cerita ana dah smbng pengajian ana di sebuah kolej islam di pahang..ana dah nekad taknak smbng pengajian dalam bidang yg sama iaitu civil engineering...coz hati mmg bukan kesitu..alhamdulillah,setelah beristikharah dan meminta petunjuk dari Allah..inilah jalan yg jelas bermain di benak pemikiran ini...ana menyambung pengajian dalam bidang Diploma Pengajian Islam Dakwah dan Pengurusan..hah..!!..Engneering ke Islamic...jauhnye menyimpang..huhu..tu lah ana ckp..ana da tekad nk ambil course lain...JANGAN ditanya MENGAPA..FULLSTOP...!!

Alhamdulillah...selama ana berorentasi di sini...modulnya cukup berbeza drpd orentasi2 yg pernah dijalankan oleh institusi2 pengajian yg lain...matlamatnya lebih kepada mentarbiyahkan siswa siswi baru sesuai dengan nama kolej yg mempraktikkan islam didalam setiap aktiviti harian...ana rasa bersyukur kerana turut bersama dalam proses itu...penekanan lebih kepada solat...para fasi2 mementingkan aspek penjagaan solat 5 waktu ini...

InsyaAllah..ana ada 3 tahun disini sebelum layak digelar graduan..apa yg menariknya..subjek2 yg bakal ana pelajari..huhu

di antara kursus2 major ana akan hadapi diantaranya ;
- Akidah Islam 
- Fikah Ibadah 
- Sirah Rasul 
- Bahasa Arab I, II, III dan IV 
- Tahfiz I, II, III dan IV 
- Pengajian al-Quran 
- Pengajian al-Hadis 
- Pengantar Sistem Undang-Undang Malaysia 
- Pemikiran Kritis dan Kreatif 
- Pemikiran Islam 
- Metodologi Penyelidikan 
- Institusi Kekeluargaan Islam 
- Asas Pengurusan 
- Statistik Untuk Pengurusan 
- Pengantar dan Metodologi Dakwah 
- Pemasaran dan Pengurusan Dakwah 
- Prinsip dan Amalan Pengurusan 
- Tasawuf 
- Prinsip Komunikasi 
- al-Firaq al-Islamiyyah 
- Teori Dakwah 
- Media Dakwah 
- Pembangunan Minda Dakwah 
- Ideologi Semasa dan Gerakan Dakwah islamiah 
- Pengurusan Kewangan Peribadi 
- Gerakan Dakwah Masyarakat Muslim Asia Tenggara 
- Amali Dakwah 
- Pengurusan Sumber Manusia 
- Prinsip Pemasaran 
- Kaunseling 
- Perbandingan Agama 
- Kertas Projek / Latihan Praktikal Lapangan 


apa yg ana harapkan adalah doa dari sahabat2 ana..InsyaAllah...