kalam pembuka bicara

Friday, December 31, 2010

Seminar Da'ie di Alam siber



gambar2 sekitar seminar..



.: banner :.



.: Wakil tertinggi IKIP :.


.: wakil IPT sekitar kuantan :.













Ya Allah




stress..!!!
TENSION...!!!!!!!

.: kalau saya diam bila kamu menyoalkan sesuatu..itu bermakna saya tiada mood..k,
cuba jangan memaksa saya dalam keadaan mcm itu..beri saya sedikit masa untuk pulihkan keadaan saya ini...just a few minutes k..tolonglah FAHAM..!!!! :.
salah satu puncanya knape wat keje malam2 ni...tau la esok cuti..kalau ye pon ketuk la dinding pagi2 esok...malam jg yg g pilih...sakit2....!!!

p/s : tak tuju sape2...just my emosi malam ni aka pagi ni terganggu sket...
ana asif jiddan....tak suke lepaskan kat orang..biar diri ini je yg pendam...

Monday, December 27, 2010

Apakah dia Jodohku? Seorang akhwat yang ada di doaku?


Inilah goresan pena dari sang ikhwan (ana) yang mendambakan akhwat sholehah, yang boleh bersama untuk mencintai Mu Ya Robbi dan mencintai Muhammad Shalallahu'alaihi wassalam.

Yaa ... ... Rabbi ... ... ..
Aku berdoa untuk seorang akhwat yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sangat mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang yang akan meletakkanku pada posisi di hatinya setelah Engkau dan Muhammad shallahu'alaihiwasalam
Seseorang yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk-Mu dan orang lain

Wajah, fisik, status atau harta tidaklah penting
Yang terpenting adalah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
Dan berusaha menjadikan sifat-sifat baikmu ada pada peribadinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup
Sehingga hidupnya tidak sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seseorang yang tidak hanya mencintaiku, tapi juga menghormatiku
Seorang yang tidak hanya memujaku, tetapi juga boleh menasehatiku
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana fisikku, hartaku atau statusku tapi karena Engkau

Seorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang membuatku merasa sebagai lelaki shalehah ketika aku berada di sisinya
Seseorang yang boleh menjadi pembantu sang nahkoda kapal
Seseorang yang boleh menjadi penuntun kenakalan balita yang nakal
Seseorang yang boleh menjadi penawar bisa
Seseorang yang sabar mengingatkan saat diriku lancang

Ya .. Rabbi ... ...
Aku tak meminta seseorang yang sempurna
Hingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Seseorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya lebih hidup

Aku tidak mengharap dia semulia Fatimah Radhiyallahuanha, tidak setaqwa Aisyah Radhiyallahuanha, Pun tidak secantik Zainab Radhiyallahuanha, apalagi sekaya Khodijah Radhiyallahuanha.
Aku hanya mengharap seorang akhwat akhir zaman,
Yang punya cita-cita mengikuti jejak mereka,
Membangun keturunan yang soleh,
Membangun peradaban,
dan membuat Rasulullah shallahu'alaihiwasalam bangga di akhirat

Kerana aku sedar aku bukanlah
orang yang semulia abu baker Radhiyallahu,
Atau setaqwa Umar Radhiyallahu, pun setabah Ustman radhiyallahu,
Ataupun sekaya Abdurrahman bin auf Radhiyallahu, setegar zaid Radhiyallahu
Juga segagah Ali Radhiyallahu, apalagi setampan Usamah Radhiyallahu.
Aku hanyalah seorang lelaki akhir zaman
yang punya cita - cinta

Ya ... .. Rabbii ... ....
Aku juga meminta, Jadikanlah ia sandaran bagiku
Buatlah aku menjadi ikhwan yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sepenuh jiwaku

Berikanlah sifat yang lembut, sehingga auraku datang dariMu

Berikanlah aku tangan sehingga aku mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak kebaikan dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
Mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat

kokohnya benteng tidak boleh dibina dalam semalam, namun bisa hancur dalam sedetik
Kota Baghdad tak dibangun dalam sehari, namun bisa hancur dalam sekejap

Perkahwinan tak dirajut dalam pertimbangan sesaat, namun bisa saja terberai dalam sesaat
Pernikahan, bukanlah akhir dari sebuah perjalanan
Tapi awal sebuah langkah
Oleh itu, jadikanlah kelak perkahwinan kami sebagai titian
Untuk belajar kesabaran & ridho-Mu, ya Rabbi

Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang
dapat membuat hidupku menjadi sempurna ".

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan ....

Astaghfirullah, Wallahu'alam bisshowab

Dari ikhwan yang memerlukan keampunan Allah azzawajalla, dan mengharapkan doaku dikabulkannya untuk mendapatkan isteri yang solehah.


p/s ; credit to blog kustoro wordpress

new look+add widgets+retouch=Alhamdulillah


.: alhamdulillah...di beri kesempatan untuk mengubah suai blog ku ini...just mengikut mood untuk tukar templates blog..n then jumpe yg berkenan di hati...ni kes tak boleh tido la ni,last2 bangun g on laptop,teruskan misi menggodek blog ni...mase blog ni siap adalah pukul 5.30 am,pastu siap2 untuk solat subuh terus..best kan..hehe..sape suh tido pas isyak...kan dan tah boleh tido dah...(tertido)..ok2 la..anyway..hope ur guys enjoyed my new look blog...ma'asalamah wailalliqa'

This blog is under maintenance



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua viewers blog ini...buat mase ni blog saya dalam proses untuk dibaik pulih dan upgrade atau sbg..so mayB ade link2 sahabat2 yg saya tak masukkan..InsyaAllah saya kan recheck blk segalanya..dan ia mungkin mengambil masa sedikit ini disebabkan masa diperuntukkan untuk blog ini adalah terhad..segala kesulitan amatlah dikesali...

"Sabar itu separuh daripada iman"
~peace no war~

Gradasi-Syukur Hamba Mu

Hujan membasahi bumi
Bawa kesegaran dalam gundah ini
Hapus semua kedukaan yang pekat menyelimuti
Jiwa yang menghamba

Dan sujud pada-Mu
Tuk harap limpah ampunan
Dalam doa ini

Sesejuk angin yang berhembus
Kala tersadar limpah kasih-Mu
Tumbuhkan benih syukurku
Ya allah yang maha pengasih
Bimbinglah jalan hidupku
Tuk selalu tuju pada keridhoan-Mu

Thursday, December 23, 2010

Suatu Tragedi..!!!

assalamualaikum...

di sini ku ingin menceritkan suatu kejadian yang tidak akan aku lupakan dan ia berlaku di depan mata ku ini..Allahuakbar...

Suatu ketika kami 5 sahabat yang pada pagi itu kelaparan,jam menunjukkan pkl 9.30 am,so kami berlima berpakat untuk bersarapan di gerai yg terletak diluar kolej.Pada pagi tu kelas tiada dan
hajat seorang sahabat kami yg mengidamkan roti canai dan teh tarik yg sudah lama tidak dirasai..yelah..di cafe di dalam kolej hanya makanan rutin biasa kecuali 'ROTI CANAI'...tu yg mengidam..huhu,lagipun makanan di gerai itu boleh dikatakan terbaik...huhu,

Setelah 1 jam kami berada di gerai itu,bermulalah episod untuk kami pulang semula ke kolej kediaman...keadaan pada pagi tu mmg agak mulai sibuk kerana dgn orang ramai yg mulai sibuk keluar untuk mencari rezeki..dalam perjalan kami menaiki kereta untuk pulang..dengan tiba2...'BANGGGGG'...Allahuakbar..teriakku...apa sebenar ku lihat adalah suatu pelanggaran antara sebuah motosikal dan seorang budak lelaki yg dalam lingkungan 9 ke 10 tahun...di ulang!!!..suatu pelanggaran antara MOTOSIKAL dan seorang BUDAK LELAKI dalam lingkungan 9 ke 10 tahun...Ya Allah3x...mataku terpana..lidahku kaku...tak tahu nk kata apa selain Allahuakbar.

Dengan impak yg kuat(ini kerana moto tu agak laju juga) dengan budak lelaki itu yg keluar secara tiba2 dari keretanya dan terus meluru ke seberang jalan untuk menemui ibunya...kami dgn segera memberhentikan kereta lantas meluru terus ke arah mangsa2 itu...cuba untuk menolong apa yg termampu..dan si ibu budak lelaki itu yg terkejut lantas menjerit dan berlari mendapatkan anaknya itu..apa yg menyedihkan aku adalah..sewaktu budak itu diangkat oleh ibunya,,,,tubuh terbujur kaku dan longlai tanpa sebarang sedikit pegerakan darinya...Allahuakbar..tambah menyayat hatiku lg..keadaan kepala budak itu yg terkoyak dan darah memancut keluar...Ya Allah3x...mangsa yg menaiki motosikal itu membawa sahabatnya seorang dibelakang..keadaan kawannya yg duduk dibelakang Alhamdulillah sedikit sahaja dengan luka ringan..yg teruk sedikit adalah yg membawa motosikal tersebut...dengan ape yg ku perhati..bahunya kemungkinan besar terkehel dan dia tidak mampu untuk berjalan kerana kakinya juga cedera...

Si ibu tadi lantas terus membawa anaknya ke hospital kuantan dengan segera...orang ramai yg berada di tempat kejadian termasuk kami tidak sempat untuk membantu si ibu tadi kerana si ibu tadi lebih pantas dan terus memecut laju membawa anaknya..dan kami hanya dapat membantu mangsa yg menaiki motosikal tersebut dengan mengalihkan motor itu dan memapah pemuda tersebut ke tepi...dari apa yg ku lihat..garisan yg terhasil dari pegeseran tersebut amatlah panjang..so boleh di agak berapa jauh ia tercampak...dengan ketiga2 mangsa bergolek diatas jalan tar...salah seorang pelajar di kolej kami yg turut berada disitu menyarankan kami untuk mengikuti si ibu tadi ke hospital...dan dia akan menyusul kemudian...kejadian ini membuatku serba tidak tenteram mengenangkan nasib budak lelaki tersebut....sampainya kami di hospital terus meluru mencari si ibu tadi dan menanyakan kondisi anaknya itu..katanya,anaknya itu kini di masuk kan ke wad kecemasan dan dalam kawalan doktor..ku juga sempat menanyakan salah seorang doktor yg berada disitu tentang keadaan budak itu..apa yg membuat aku terkejut adalah budak itu terpaksa bernafas dengan alat bantuan pernafasan dan ia tidak sedarkan diri..doktor masih cuba untuk menyedarkannya...

DAN berita yg tidak aku ingin ku dengari telah sampai ke telinga ku ini sebentar tadi..budak lelaki itu sekarang sedang KOMA dan peluang untuk hidup adalah 50-50...Ku ingin mengajak sahabat dan sahabiah ku agar kita bersama2 mendoakan agar budak kembali pulih seperti biasa...

p/s : sentiasa terbayang dengan keadaan semasa pelanggarn itu...tak dpt nk lupakan..

Tuesday, December 14, 2010

Secebis Bingkisan untuk kenangan..Kem MATAF sesi ke 3 (SAR Bandar Teluk Intan) Part 1

.: Peserta lelaki :.


.:Peserta perempuan :.


.: Bacaan Yasin dan Tahlil :.



.: Ziarah dan muhasabah diri di kubur :.







.: Muhasabah diri ku :.


.: semase dlm LDK (tgk la pe jadi ngan bdk2 ni,haha) :.


.: mase qiam..huhu,muke ngantok je :.



.: sempat lg posing..huhu :.


.: Ustaz fauzi,aku dan acik bersama peserta kem dgn gaya tersendiri :.




.: abg2 fasi yg dah penat..tp diorng tak penat lg..hattoi.!! :.


.: lutfi and me :.


.: bergambar kenangan seblum balik :.


p/s : sebenarnya byk lg gambar..tp insyaAllah akan di upload lg..disebabkan line tak brape nk lancar...akan disambung kemudian ye..harap bersabar..hehe















Sunday, December 5, 2010

Cinta Ali & Fatimah



Ali Bin Abi talib waktu itu ingin melamar Fatimah, putri nabi Muhammad SAW. Tapi karena dia tidak mempunyai duit untuk membeli mahar, maka ia membatalkan niat itu. Ali segera berhijrah untuk bekerja dan mengumpulkan duit. Pada saat Ali sedang bekerja keras, ia mendengar khabar kalau Abu Bakar ternyata melamar Fatimah. Wah, bagaimana agaknya perasaan Ali, wanita yang sudah dia inginkan dilamar oleh seseorang yang ilmu agama nya lebih hebat dari dia. Tetapii Ali tetap bekerja dengan giat.

Lalu setelah beberapa lama Ali mendengar kabar kalau lamaran Abu Bakar kepada Fatimah ditolak. Ali terpegun dan sedikit bergembira tentunya, kata Ali “waah, saya masih punya kesempatan ”. Setelah mendengar khabar itu, Ali bekerja lebih giat lagi agar cepat mengumpulkan duit dan segera melamar Fatimah. Tapi tak lama setelah itu, Ali mendengar khabar kalau Umar Bin Khatab melamar Fatimah. Wah, sekali lagi Ali mendahulukan orang lain, bagaimana perasaanya? Tapi tak berapa lama Ali mendengar kalau lamaran Umar bin Khatab ditolak. betapa senangnya Ali, mendengar kabar itu.

Tapi tak lama kesenangan itu kembali pudar Karena terdengar khabar lagi, ternyata Usman bin Affan melamar Fatimah. ini sudah yang ketiga kalinya, kata Ali “mungkin kali ini diterima. Kalaulah Usmantidak melamar Fatimah secepat ini, InsyaAllah tidak lama lagi saya akan melamar Fatimah, tapi , apa hendak dikata , adakah mahu mengalah
Dan sekali lagi, tidak berapa lama dari itu, khabar ditolaknya lamaran Usman bin Affan pun terdengar lagi, betapa bahagianya Ali. Semangat Ali untuk melamar Fatimah pun berkobar lagi, dan semangat itu didukung oleh sahabat2 Ali. Kata sahabat nya “pergilah Ali, lamar Fatimah sekarang, tunggu apa lagi?? kamu kan sudah bekerja keras selama ini, kamu juga sudah mengumpulkan harta dan cukup untuk membeli mahar. tunggu apa lagi??? Tunggu yang ke4 kalinya??? baik cepat!!!”

Dengan segera Ali memeberanikan diri untuk menghadap ke Nabi Muhammad S.W.T dengan tujuan melamar Fatimah, dan sahabat2 u-jam nak tau??? LAMARANNYA DITERIMA!!!

Oh rupanya : ternyata memang dari dulu Fatimah sudah mempunyai perasaan dengan Ali dan menunggu Ali untuk melamarnya. Begitu juga dengan Ali, dari dulu dia juga sudah mempunyai perasaan dengan Fatimah,. Tapi mereka berdua sabar menyembunyikan perasaan itu sampai saat nya tiba, sampai saatnya ijab Kabul disahkan . Wah..wah.. mereka hebat yaaa (harus kita contohi, sahabat-sahabat u-jam). Walaupun Ali sudah merasakan kekecewaan 3 kali mendahulukan orang lain, akhirnya kekecewaan itu terbayar juga.

Yup, sekali lagi, kata-kata ini pasti akan muncul dalam benak sahabat2 >>> “Jodoh memang tidak kemana”
, dari cerita itu, lebih memperjelas lagi kan bahwa “Cinta itu, mengambil kesempatan , atau mempersilakan yang lain”

Cinta adalah hal fitrah yang tentu saja dimiliki oleh setiap orang,
namun bagaimanakah membingkai perasaan tersebut
agar bukan Cinta yang mengendalikan Diri kita
Tetapi Diri kita yang mengendalikan Cinta

Mungkin cukup sulit menemukan teladan dalam hal tersebut
disekitar kita saat ini
Walaupun bukan tidak ada..
barangkali, kita saja yang tidak mengetahuinya

Dan inilah kisah dari Khalifah ke-4, Suami dari Putri kesayangan Rasulullah
tentang membingkai perasaan dan
Bertanggung jawab akan perasaan tersebut
“Bukan janj-janji”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan ’Ali pun menikahi Fathimah.
Dengan menggadaikan baju besinya.
Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan sahabat2nya tapi Nabi berkeras agar ia membayar bakinya
Itu hutang.

Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah.
Dengan keberanian untuk menikah.
Sekarang.
Bukan janji-janji dan nanti-nanti.
’Ali adalah gentleman sejati.,
“Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”

Inilah jalan cinta para pejuang.
Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi,

dalam suatu riwayat dikisahkan

bahwa suatu hari (setelah mereka menikah)

Fathimah berkata kepada ‘Ali,

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”

‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mau manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, karena pemuda itu adalah Dirimu”

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.


Cerita ini adalah dikisahkan menurut penceritaan yang mudah untuk difahami,insyaAllah tegurlah ana jika ada sebarang fakta yang tidak benar...

"Jika kamu memelihara dirimu daripada sesuatu perkara yang haram kerana allah diatas wanita kesukaanmu kerana banyak bersabar , insyaAllah hanya dengan izin Allah akan menghalalkannya kepada mu atas kesabaranmu kerana Allah"

copy : Usrah jemaah anak muda

Kem di bawah naungan Al Quran anjuran Maahad Tahfiz Al Furqan

Assalamualaikum..

alhamdulillah..selesai sudah tugas ana menjadi seorang fasilitator untuk kem tahfiz ini...
sbnrnye,..ana tak nk pergi krn bile dgr name kem tahfiz ni...rasenye ana blum layak lg untuk menjadi fasi dan jauh sekali mampu untuk memberi yg terbaik..tetapi setelah diterangkan dan dipujuk oleh sahabat ana khairul amirul(pioi)..ana akur dan redha mungkin ini adalah peluang yg terhidang untuk ana merasai pengalaman....

alhamdulillah...selama 2 minggu ana berada disana..bermacam2 pengalaman pahit manis dirasai,
byk kenangan manis yg tak dpt dilupakan semasa disana...firstly,belajar cara hidup bdk2 tahfiz..bgn seawal jam 4 pg untuk qiam,solat dhuha, n then mula kelas saba' dan ptgnye kelas pra saba'...huhu..mmg best..secara jujurnya..hari pertama n kedua mmg agak janggal sket..coz,tp lama kelamaan...diri ini boleh biasekan..dgn telatah peserta2 kem ni..mmg tak boleh dilupakan..hehe,

tp bukan mudah untuk menjadi fasi bg peserta2 yg mmg semuanya adalah bdk2...yg plng tinggi pn tingkatan 2..so kami la menjadi mak dan ayah sementara selama 2 minggu mereka disini...plng berat skali adalah...nk kejutkan mereka bgn untuk qiamulail...mereka kene bgn pkl 4..tp kami kene bgn awal dr mereka..dan plng awal kami tidur adalah pkl 12..huhu..
brape jam je rehat..tp itu bkn menjadi masalah pn bg ana..ia adalah suatu pengalamn yg tak dpt dilupakan..huhu..

insyaAllah akan diupload gambar2 sepanjang aktiviti disane nnt...

Sunday, November 7, 2010

Last paper n then..?????

assalamualaikum...

sedar tak sedar dah tinggal last paper aku bg sem ini..erm,,setelah hampir 4 bulan lebih bertapa di bumi KIPSAS ini...akhirnya perjalanan ku hampir ke penghujung bg sem kali ini...segala suka duka dirakam bersama di dalam kotak memori ku dan segala kenangan akan ku simpan sampai bila2..
:puteh_11:..secara jujur selama ku berada di sini,ku hampir melupakan kampung halaman ku...entah la mengapa...ini kerana sepanjang kehidupan ku disini..ku begitu tenang dan gembira..Alhamdulillah,
sehingga pernah fellow asrama terkejut melihat kad pulang ke kampung ku hanya bertanda sebanyak 3 kali selama 4 bulan lebih ku berada disini...erm...sedangkan sahabat2ku yg lain boleh dikatakan hampir penuh tandatangan fellow..huhu..,:pandaGeli_32:..nk tahu ape yg dikatenye.."aik..,,baru 3 kali je blk..??".dlam hati ku ini mengatakan 'takkan nk hari2 balik kot..dah la jauh...' huhu..ku mampu tersenyum sahaja...kalau tak kerana kakak ku tunang dan abang sahabat ku kahwin...rase2nye sekali je blk rasenye..hehe..bkn taknak balik ke rumah..tp kalau blk pn...aku byk membuang mase dgn begitu sahaja...kalau kat sini...byk sket aktiviti2 yg boleh dibuat...:puteh_6:..dan cuti sem ni..??? Ape nak buat ek..??? first dalam list kepala ku ni

1-nak kuar jalan2 ngan cousin2 ku yg dah lame tak jumpa
2-mantopkan bacaan2 surah(insyaAllah)
3-baca buku(terutama Bahasa Arab yg honestly ku masih jauh di persimpangan,,:puteh_28:..)
4-lawat team usrah ku yg dah lame tinggal(sian kat diorng..huhu)

huhu...bosan la...nk kuar jalan tu psl cousin ajak jumpa...kalau tak..jadi putera lilin la ku kat umah..selain dprd aktiviti harian ku iaitu main bola sepak dan futsal...

xpe2..tahan je...3 minggu je..pastu balik la semula ke KIPSAS...lalalalala...
:pandaGeli_14:

Tuesday, November 2, 2010

amanah dan kepercayaan

assalamualaikum...

alhamdulillah diberi kesempatan dan dengan izinNya dapat ana meluangkan masa sebentar walaupun imtihan belum habis lagi..huhu..(release tension jap)...

sejak akhir2 ini saya agak bz sket dgn persediaan ntok exam n dan juga diberi amanah dan tanggungjawab menjadi seorang fasilitator kem di sekolah menengah..alhamdulillah...Allah Maha Kaya,sejenak juga saya terfikir kenapa saya sering terpilih dan dipilih untuk melibatkan aktiviti setiap gerak kerja di kolej..mungkin disebabkan usia,pengalaman,kredibiliti ataupun ade sebab lain..ape2pn saya terima dengan hati terbuka dan redha dan menganggap ia sebgai cabaran saya sebagai salah seorang bakal da'ie untuk menimba ilmu dengan izinNya..

antara aktiviti2 yg saya terlibat adalah Ahli Akademi Fasilitator,Ahli kelab amar ma'ruf nahi mungkar(dibawah seliaan pengerusi MPP),Sahabat Rakan Sebaya-SRS(seliaan unit kaunseling),Ahli kelab kebudayaan(percussion dan nasyid) dan beberapa lagi aktivit yg akan dtg..cuma menunggu pengesahan sahaja...SubhanaAllah..bukanlah diri ini hendak menunjuk2..jauh sekali untuk bermegah...tapi kalau boleh saya ingin melibatkan diri di setiap akiviti kolej...tak kesah lah walaupun hanya ahli biasa..janji saya tahu perjalanan kolej sentiasa dalam keadaan yang harmoni dan berlandaskan syara'...insyaAllah...

apa2 pn saya berterima kasih terhadap individu2 yg mempercayai saya dan menghargai saya sebagai seorang manusia..jasa kalian saya ingat sampai ke akhir hayat...:puteh_2:

Monday, October 18, 2010

Kenangan Indah

.: Bersama Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah :.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...selesai sudah Majlis Konvokesyen KIPSAS kali ke-9 yang berlangsung dengan jayanya..so far sepanjang perjalanan majlis ini berlangsung...ia mengamit 1001 kenangan bersama...tawa dan hiba mengiringi kegembiraan graduan2 yg berjaya mendapatkan segulung Diploma...apa yg di ceritakan disini adlah pengalaman sy terlibat dalam menjayakan pogram ini..sy terlibat dalam membuat persembahan nasyid mewakili pihak kolej untuk mengisi slot di dalam majlis itu..alhamdulillah,selama hampir 1 bulan lebih praktis untuk membuat persiapan agar di saat persembahan itu kami membuat suatu persembahan yg akan dikenang sampai bila-bila..

Dalam majlis ini,kami mengisi 2 slot persembahan selama 2 hari..sabtu dan ahad..pada hari sabtu kami membuat persembahan di depan Tuanku Sultan Ahmad Shah dan satu slot di isi pada hari ahad di depan MB pahang...alhamdulillah,pada hari sabtu tempoh hari,persembahan di depan sultan pahang mendapat respond yg menggalakkan dari Tuanku sendiri..secara jujurnya,Tuanku lebih byk meluangkan masa bersama2 kami dgn berbual dan bertanyakan khabar pada kami..dari segi 'air wajah' Tuanku,terpancar kegembiraan di zahirkan darinya.ini kerana selain persembahan di dalam dewan utama di depan Sultan...kami juga membuat persembahan di depan Sultan sempena Menyambut Ulang Tahun Kelahirannya yg ke 80 di majlis santapan Di Raja...

Alhamdulilah,inilah pengalaman terbesar saya dalam membuat persembahan di depan orang tertinggi di dalam Negeri pahang iaitu Sultan Ahmad Shah..rase gemuruh jgk kerana ini adalah kali pertama saya berhadapan orang yg teramat penting ini dan berdepan sendiri 'face to face'
dgn Beliau serta dapat bersalaman dengannya...

.: Barisan Penasyid Kipsas di ketuai Encik Yusuf :.

.: last recheck key untuk setiap lagu,hafidz yg conduct sume :.

Sunday, October 10, 2010

Untuk Diriku Dan Kawan - Kawanku

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

sumber : copy dari blog orang

Saturday, October 9, 2010

Tempat-tempat ketenangan

Assalamualaikum...

Setiap manusia di atas muka bumi ini lazim mmg tidak terlepas dari segala masalah kan..?..huhu,
termasuklah diri ini yg merasainya..erm..apa yg nk diceritakan di sini bukan lah masalah yg dihadapi..tetapi dimanakah tempat-tempat yg anda akan pergi untuk menenangkan fikiran..setiap orang ada cara dan tempat2 yg mereka rasakan sesuai dan dapat memberikan ketenangan pada mereka..seperti saya sendiri pun mmg ada tempat 'kesukaan' jikalau ingin melepaskan tekanan..huhu..antaranya

HUTAN :

salah satu contoh adalah di dalam hutan..mcm tempat rekreasi ke..yg kondusinya mmg di dalam flora dan fauna..hehe,mmg best..dpt dgr bunyi cengkerik..bunyi burung dan bunyi rimau (?????)..gurau je hehe.setiap kali kalau berjalan di dalam hutan..tak dapat dibayangkan bagaimana rasa ketenangan tu datang pada diri..seolah2 segala apa bebanan di dalam diri ini dilepaskan ..begitulah indah ciptaan Allah yg sebaik penciptaanNya memberi manfaat terhadap makhluk itu sendiri..SubhanaAllah..

SUNGAI :

SubhanaAllah,sungguh indah betul bila dapat sekali sekala meluangkan masa berada di tepi sungai yang airnya mengalir tenang dan damai...ironinya tempat sebegini mmg indah bila di hiasi bunyi2 alam yg saling sahut bersahutan...erm..best...

TEPI LAUT :

ini salah satu tempat yg paling sesuai untuk memberi ketenangan di dalam diri..dengan seluas mata memandang kebiruan lautan...di tambah lagi dng bunyian ombak yg saling tidak putus2..kekuatan untuk memberi ketenanga pada jiwa amatlah sesuai sekali dgn manusia...SubhanaAllah..sesungguhnya setiap kejadian Allah tiada yg sia2...

MASJID :

Selain daripada tempat ibadat,masjid juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk kita merehatkan minda...rehat yg dimaksudkan sini adalah beriktikad di dalam masjid ataupun surau dan melepaskan segala perkara2 yg merungsingkan diri...Mmg benar.,ketenangan berada di masjid juga dapat membantu kita untuk merehatkan jiwa..dengan keadaannya tenang dan damai...sesuai bagi kita untuk mendapatkan apa yang kita perlukan..erm...sesuai dengan peranan masjid sbg pusat keislaman..tp hakikatnya sekrng masjid disalah gunakan oleh sesetengah pihak bagi melaksanakan aktiviti yg kurang manfaat..antara salah satunya adalah menjadikan masjid sbg tempat 'lepak'...kalau zaman atuk nenek kita..remaja2nya lepak di masjid kebaykkan mereka mempunyai pengisian yang bagus..seperti Usrah dan sbg...dalam konteks skrng.para remaja tanpa segan silu menjadikan masjid sbg tempat untuk bertemu rakan2 dan hanya banyak membuangkan masa..

Tanah Perkuburan :

erm..hakikat yang terjadi pada manusia adalah sering menganggap tempat sebegini adalah menakutkan..bermacam perkara yg difikirkan jika mendengar sahaja 'tanah perkuburan'..huhu.pelik2..tidak terlepas dengan saya yg dulunya menganggap tanah perkuburan ini sungguh menakutkan...tetapi sebenarnya tempat sebegini adlah sebaik2 tempat yg menenangkan...kerana ia mengingatkan kita kepada keMATIan yg bila2 sahaja boleh datang menjemput kita...SubhanaAllah...sebab sebaik2 pengajaran adalah mengingati MATI...ntah bagaimana pada suatu hari,di izin Allah,,sy bertandang ke tempat ini kerana ada kematian di sebelah keluarga nenek saya..dengan nama Allah....tak dapat di gambarkan bagaimana saya mendapat ketenangan yg saya sendiri merasakan ianya betul dapat membuat hati ini tenang..walau bagaimanapun,dimana2 tempat pun sesuai jikalau kita betul2 menghayati dan menikmati keindahan ciptaanNya..kerana di sebalik kejadian tuhan itu terdapat suatu rahsia dimana yg hanya benar2 'mencarinya' dapat merasakan..

p/s : sekadar selingan kehidupan dan pengajaran serta tauladan..(^__^)

Sunday, September 26, 2010

Tika bermula....!

assalamualaikum...hari demi hari..
keresahan kerisauan kini semakin menghampiri..
bermula minggu hadapan...aku akan mula memBZkan diri,terBZkan diri..dan sbgnya lg..huhu..

dgn persediaan persembahan lakonan untuk english week yg bakal menjelang hari isnin ini..kelasku mendapat undian yg ke 6 dan akan membuat persembahan pada pukul 8 ke 8.30 malam..huhu..insyaAllah bersolat isyak diatas pentas,huhu(dah aku memegang watak lebih kurang utama jgk la..)..dan kami memilih cerita anakku sazali..dan aku sbg Hasan bapa kpd sazali..(hadoi..watak yg byk memainkan emosi yg byk..)

dan pada masa yg sama,aku terlibat dalam persembahan nasyid untuk majlis konvokesyen pada 16 dan 17 oktober ini...majlis ini insyaAllah di hadiri oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sendiri bersama2 barisan exco kepimpinan negeri pahang..so majlis ini boleh dikategori sbg majlis Rasmi..so faham2 lah kalau dah majlis rasmi..kadar komitmen yg tinggi diperlukan bg setiap peserta yg terlibat bg memberikan persembahan yg mantap..ini kerana mengikut ketua kumpulan kami iaitu hafidz muslim voice yg juga pelajar Kipsas..lagu yg kami akan smpkan nnt akan direcord di studio dan di hantar ke istana untuk diperdengarkan kepada Sultan...huhu..(gugup jantung den ni ha)..

n then insyaAllah pada hari rabu ini juga ku akan berdepan dgn pensyarah bahasa arab untuk ujian lisan..argh!!!..ini yg merisaukan ku...tahap persediaan dan pemahaman ku ttg bahasa arab ini bukan lah mantop lg..tp alhamdulillah..ujian 1 nya ku lepas..tp LISAN....wahh..!!..takot!!..ape erk yg akan disoal nnt..??erm..berharap sangat agar soalan2 yg akan di tanya nnt tidaklah sukar..

Thursday, September 23, 2010

oh idea...oh tenaga..oh semangatku...dimanakah ..??

assalamualaikum...
erm...bz bz bz bz bz zb bz zb....
:pandaGeli_35:
tp sempat lg update blog..bz apenye kan..huhu..
nk penghujung2 sem ni mencabar plk assgment nye..
ke hulu ke hilir di bayangi dgn assgment..

TAHFIZ...:pandaGeli_21:

BAHASA ARAB- ujian lisan
:pandaGeli_20:
AQIDAH ISLAM:pandaGeli_29:

FIQH IBADAH:pandaGeli_30:

n prepare tu final exam...best2...terbaik dari ladang..hehe...

tunggu je la kepala ni stabil ke tak..huhu...

but setiap orang ade care untuk me'relax'kan dri..
erm....lalalalalalalala:puteh_14:

Tuesday, September 21, 2010

Open House Ukhti Atikah tarmizi..Pre-reunion with TKJ Batch 04/05




*ni la jadinya bila dah lame tak bersua..masing-masing muke dah lain dah...dah boleh jadi bapak orang n mak orang..hehe..gurau..pape pn dgn sedikit ruang masa kt bersama...dpt jg melepaskan kerinduan lame...Syukran byk2 to tuan rumah atikah n family...makanan sedap2(rase rugi tak amek byk2 soto tu..huhu,segannye pasal la makan sket je..kikiki)...insyaAllah,kalau dgn keizinanNya..kt wat event yg besar sket..dpt jumpa rmai sket TKJ batch 04/05...huhu..

Tuesday, September 7, 2010

Tulus Ikhlas Dari....

Saturday, September 4, 2010

Ya Allah,kerna kelamahan ku......




Ya Allah Yang Maha Pengasih,
Berikanlah daku petunjuk,
Agar ku tidak sesat dan hilang,
di dalam arus hawa nafsu,

Ya Allah Yang Maha Pemurah,
Berikanlah daku secangkir kasih,
Agar ku tidak sepi dan sunyi,
di dalam kegelapan hayalan duniawi,

Ku tewas...ku gagal,
dalam pelayaran perhambaan,
Ku hanyut..ku hilang,
dalam perjalanan

Seribu sujud pun tidak berguna
andai Kau tidak redha,
Setitis air mata pun tidak berguna,
Andai engkau murka,

PadaMu ku serah jiwa dan raga
agar ku dapat kembali di jalanMu
PadaMu ku tagih dan pinta,
secangkir kasih dan keredhaanMu



Wednesday, September 1, 2010

Tanggal 20 haribulan 8.....

assalamualaikum wbt buat sahabat2 dikasihi sekalian..

juz nk cerita ttg sebuah perkara yg telah berlaku terhadap ana,perkara ini tidak lah hebat sgt pn..
tp ia meninggalkan kesan yg dalam terhadap jiwa ini...SubhanaAllah...

alkisah :

cerita ini bermula pada pukul 11.45 sedang ana berbalas msg di alam maya ini..

11.45 pm:

tutt..tutt.....tuuuttt...tuttt.!!(bunyi handset ana yg agak mengejutkan ana)

zul : assalamualaikum mi,boleh turun bilik bwh tak sekejap..ade urusan penting nak bincang ni

aku : wa'alaikumussalam,boleh2..tp urusan ape ye..??,,penting sgt ke ni..

zul : agak penting la jgk...bdk2 ni bincang sket...

aku : ooo...k2..(tanpa byk soal...terus bgn dan menuju ke bilik berkenaan)

11.49pm

di depan pintu bilik

aku : assalamualaikum,

sahabat2 : wa'alaikumussalam,erm,,masuk mi..ade hal nak bincang sket ni..

aku : uih...hal besaq ka ya sohabat..

zul : hehe,xde mende pn mi..saje ajak ko turun bilik ni...sembang2 sket..

aku : laa....tu je ke..ingatkan ade orang sakit ke...gaduh ke..erm..xpe la..alang2 da trun kat sini..apa lg farid(dituju pada seorang sahabat yg tgh main game bola PES10)
berentaplah kita sekali lg(mmg menjadi kebiasaan untuk kami berlawan bola pabila bertemu..hehe)

farid : boleh...sat p psng joystick dl naa..haha...

11.56pm :

aku dan farid sedang leka bermain PES10 di laptopnya..tiba-tiba zul bertanye..

zul : mi ,,nk tanye pendapat ko ttg..erm..err..ape ek...

aku : ye zul..ape bendenye..insyaAllah aku boleh tolong..

zul : erm..xde la..ape ek..lupe la..

(sambil2 itu sahabat2 yg lain di dalam bilik lebih kurang 5 ke 6 org tergelak kecil..)

Tiba-tiba hati ana jadi tak sedap hati..sehingga terbisik di dalam hati mengatakan bahwa..mungkinkah..???...argh...tak kot...

11.59 pm :

1 minit sebelum di ambang 20 haribulan 8...

(tanpa membuang mase dgn hati yg rase tak sedap ni terus bingkas bgn untuk beredar ke bilik..huhu)

aku : erm..aku balik bilik sat na...laptop tinggal lame tuh...membazir pulak elektrik tu...

zul : eh2..nk g mana mi,lepak sat...(sahabat2 lain dah mula ketawa berdekah2)

rase diri ni bertambah sangsi lg..

dan tiba-tiba...ku terus gagah melangkah ke pintu bilik walaupun sudah dihalang oleh zul dgn menahan diriku ini...dalam hatiku ini berkata.."dah agak dah..depa nk pekena aku la ni..,hantu betul..haha"

12.00am..

Happy Bufday Hizami..sambil sepeket tepung gandum habis di tabur ke badan ku ini..ya allah...
ku cuba lari juga..akhirnya dpt...dan tiba-tiba ku sedar ada ancaman yg kedua iaitu cubaan untuk menabur tepung diatas kepala ku ini lg...tp dgn kudrat yg ade ni..ku pecut mcm org kene kejar anjing..haha,ku terus lari ke bilik walaupun dikejar oleh sahabat2 ku td...

alhamdulillah...dpt jg berlindung di kubu sendiri sedang musuh masih berkeliaran di luar bilik menunggu saat ku keluar dari pertahanan ku ini..

zul & farid : mi..bukak mi..xde dah baling2 tepung ni...bukak la weh..

aku :...boleh caye ke korang ni..haha...sape punye ke la ni oi....membazir tepung ni..pg esok boleh wat cekodok..kenyang lg...aduh2...

zul : hahaha...

farid : perancangn menjadi juga...

lalu ku malas nk panjang cerita ku buka juga...

lalu farid dan zul menyanyikan ''Allah selamatkan kamu..!!''..

farid : nah mi,ini hadiah dari aku sempena hari jadi ko..selamat hari lahir yg ke 22..

aku : syukran2..ya Allah..tak payah susah2 farid...

sambil itu farid menghulurkan sebuah barang kepunyaan dirinya lantas diberi pada ku...entah tiba-tiba hati ku menjadi sebak..tak tahu la mengapa...smbl aku menerima pemberiannya..ku cuba menahan air mata ini...selepas mereka beredar..lalu linangan air mata ini tak dpt dibendung lg..menitis jua akhirnya...

kenapa ku menangis ..???

ini kerana selama aku hidup 22 tahun ini..aku tidak pernah disambut sebegini rupa...Allah itu Maha Adil...dan sebelum ini hanya lah ucapan...Allahuakbar...ape2pn..buat sahabat2 yg ana kasihi...Syukran sekali lagi kerana sudi menyimbah tepung ke muka ana dan wish bufday kat ana...jasa kalian amat ana hargai..apa yg ana mampu adalah mendoakan kesejahteraan kalian agar hidup kalian semua dipermudahkan segalanya dari Allah swt..amiinn..


Sunday, August 15, 2010

Bacaan Surah Al-mulk-Mishary Rashid alafasy...SubhanaAllah

Akhirnya..

Alhamdulillah..setelah sekian lama ana cuba memahami mcm mane nk letak url di html code ni..
barulah ana faham dan mengerti bagaimana nk buat(berkat bulan ramadhan..huhu)...selama ni buat asyid ERROR je kan..erm...so far..insyaAllah....pas ni boleh dah edit code html blog ni..hehe..Ashkuruka Ya Rabbi..!

Friday, August 13, 2010

kelebihan malam ramadhan..Allah Maha Pemurah lg Maha Penyayang

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali

Monday, August 9, 2010

Titian Kasih ke HTAA

assalamualaikum wbt,alhamdulillah,baru-baru ini Persatuan Dakwah dan Pengurusan (PEDAP) telah mengadakan siri lawatannya yg pertama bagi pelajar-pelajar tahun 1 dengan di ketuai oleh saudara Hadi sendiri.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara pesakit-pesakit disana.Lawatan ini juga di sertai oleh dakwah kumpulan 1 dan 2.Kami juga ada menyampaikan sedikit sumbangan yang disediakan dan ditaja oleh bekas kakitangan hospital itu sendiri..

Disini disertakan gambar-gambar yang sempat kami rakam :

1-inilah barisan pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan ke HTAA

2-sempat lg bergambar kenangan di kolam hospital

3-bergambar lagi..

4-Bersama salah seorang pesakit di HTAA

5-Kenangan bersama pesakit (gembira makcik tu..huhu)

6-Sesi muhasabah diri di tepi sungai kuantan

7-Akram sedang menceritakan pengalaman beliau

8-Mendengar dan menyelami perasaan..

Demikianlah tadi urutan peristiwa-peristiwa semasa program dijalankan..insyaAllah,jika berkesempatan dan dengan keizinanNya..kami akan datang lagi melawat pesakit-pesakit di HTAA...apa yang meninggalkan kesan pada kami adalah perasaan sedih dan hiba melihat wajah-wajah setiap pesakit semasa kami datang..ada yang ceria dan ada yang hiba..tidak lupa juga ada yang tidak putus-putus memberikan senyuman..kami sentiasa mendoakan agar mereka di HTAA sembuh seperti sedia kala..amiin..

p/s : Just forward from my Da'ie blog

Saturday, August 7, 2010

Program ziarah ke HTAA-kuantan, pahang

assalamualaikum,...

alhamdulillah..pada pagi sabtu ini,Persatuan Dakwah Pengurusan(PEDAP) akan mengadakan siri lawatannya ke hospital tunku ampuan afzan di kuantan..ni yg tak sabar nk pg..huhu...matlamatnya adalah untuk melawat pesakit2 yg berada disana...disana nnt kami akan menyampaikan sumbangan sempena ramadhan yg menjelang tiba...huhu..erm..ni semua hasil usaha dari pengerusi PEDAP iaitu saudara Hadi..insyaAllah..kami akan bertolak kesana pada awal pagi lg sekitar jam 8.30 am...tujuan program ni diadakan adalah untuk merapatkan silaturahim antara insan samada yg islam dan bukan islam..ini sedikit sebanyak dapat kami menyelami perasaan mereka ttg kehidupan yg mereka lalui...erm..ana kalau bab2 ni ana minat sgt..program2 khidmat masyarakat ni mmg sesuai disertai bg golongan mereka2 yg gemarkan aktiviti kebajikan,..erm..itu je lah yg nak di ceritakan..insyaAllah.,ana akan smbng blk dan cerita keadaan di sana nnt..

Monday, August 2, 2010

Perlaksanaan Misi

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah...hari ni bermula lah perlaksanaan misi untuk membuat persediaan dalam mentafsir surah Al-ma'uun..,InsyaAllah kalau mengikut apa yg dirancangkan...minggu ni kene bentangkan di depan Ustaz Haizuran...mengambil iktibar dari kumpulan yg pertama membuat pembentangan...dalam mentafsir surah ini,kami lebih terperinci mencari maklumat2 yg perlu dikumpulkan sebelum 'diserang' Ustaz Haizuran...hehe,dari asbabul nuzul sehinggalah pengajaran dan iktibar dari surah itu kami perlu lebih teliti agar tidak tertinggal satu point penting pn pabila dibentangkan nnt...(kumpulan yg awal2 buat pembentangan dah kene sound dah)..papepn doakan yg terbaik buat kami pada hari jumaat ni..(barokah pada hari jumaat...insyaAllah)


SURAH AL MAUN



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah engkau orang2 yang mendustakan agamanya

فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ

Iaitu mereka yang berlaku zalim dan kejam terhadap anak2 yatim


وَلاَ يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan mereka yang juga menghalang orang memberi makanan kepada orang2 miskin

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
Neraka Wil untuk orang2 yang sembahyang

الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُونَ
Iaitu orang2 yang lalai dari dari solatnya

الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
Dan juga mereka yang riyak dalam ibadat dan bawaan nya

وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
Dan juga mereka yang enggan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan ( enggan membayar zakat )



Berdasarkan surah di atas dapatlah kita simpulkan bahawa:

Orang yang mendustakan agama ialah:

1. orang yang menzalimi anak yatim

2. tidak mahu memberi bantuan/ makanan kepada orang2 miskin

Orang yang mendapat kecelakaan:

1. Orang yang suka melambat2kan / melenggahkan solat

2. Mereka yang lalai dalam solat akan dicampakkan ke dalam Neraka Wil

3. Orang yang riyak/ menunjuk2 dalam amalan dan ibadat

4. Orang yg enggan memberi pertolongan kpd oranglain yg memerlukannya

5. Orang yang enggan membayar zakat