kalam pembuka bicara

Friday, July 31, 2009

Festival Nasyid kebangsaan KPM 2009

alhamdulillah....festival nasyid kebangsaan KPM telah melabuhkan tirainya...
berikut adalah keputusannya...

Sekolah Rendah
Lirik Tema Terbaik : Kedah
Lirik Sukatan Pelajaran Terbaik : Terengganu
Lagu Terbaik : Pahang
Penyanyi Solo Terbaik : Kedah
Kumpulan
1. Shoutul Imtiyaz - Pahang (77.77%)
2. Al-Mumtaz - N. Sembilan (73.81%)
3. Shoutun Najihin - Perak (72.01%)


Sekolah Menengah
Lirik Tema Terbaik : Johor
Lirik Sukatan Pelajaran Terbaik : N. Sembilan
Lagu Terbaik : Selangor
Penyanyi Solo Terbaik : WP Kuala Lumpur
Kumpulan
1. Izdan - Johor
2. Shoutun Najihah - WP Kuala Lumpur (78.76%)
3. Shoutun Nasihah - Pahang (78.64%)


Johan Keseluruhan : Pahang
sumber - USTAZ HAKIMI HJ. MD SAID (AL-MUMTAZ)

kepada wakil selangor adik2 dari sekolah kebanGsaan teluk pulai..abg harap adik2 buat yg terbaik untuk tahun hadapan...huhu,,kalah bkn bermakna tidak hebat...kalah bererti akan bangkit pada masa akan dtg...insyaallah..
kepada yg berjaya...tahniah diatas kejayaan kalian...moga terus kekal beristiqomah..

Wednesday, July 29, 2009

Kenangan Bersama Ustaz Asri Rabbani...


Gambar ni diambil selepas habis kumpulan rabbani membuat persembahan..ustaz asri nk blk da..
ramai jgk la yg mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama ustaz asri..
walaupun riak muka ustaz menunjukkan keletihan...tetapi demi peminat..ustaz asri tidak menghampakanya..akhirnya dpt jgk jumpe...slalu dpt tgk dr jauh je..huhu..

Tuesday, July 28, 2009

KARNIVAL MASJID DENGAN TEMA "ilmiah dan Ibadah"

assalamualaikum..minta maaf la lmbt update blog ni..bz sket dgn study..huhu...






alhamdulillah..pada 17 julai 2009 bertempat di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh dengan
kerjasama iLuvislam.com akan bersama-sama Jawatankuasa Masjib Bandar Baru Sungai Buloh, Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Paya Jaras, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Nufair Street Sdn. Bhd., Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, Akhbar Warta Perdana dan juga akhbar Siasah; menganjurkan Karnival Masjid 2009 dengan tema Ibadah dan Ilmiah.






Karnival ini diadakan selama 3 hari bermula 17 sehingga 19 Julai 2009 di sekitar Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Karnival besar-besaran ini dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato' Abd Khalid Ibrahim.

Program seumpama ini bertujuan untuk merealisasikan saranan Kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan setiap masjid berperanan sebagai "Wahana Transformasi Ummah" yang benar-benar proaktif dan efektif. Selain itu, ia bertujuan untuk tidak lain dan tidak bukan untuk membentuk masyarakat agar kasih kepada ilmu, mengeratkan hubungan silaturrahim, menghidupkan ekonomi dan perniagaan secara Islam dan pastinya untuk mencari keredaan Allah S.W.T. dalam memakmurkan masjid-masjidNya.

Disini sy sertakan jadual perjalanan pogram tersebut..

17hb JULAI 2009 JUMAAT (HARI PERTAMA)

11.30am Program Derma Darah

1.00pm Rehat & Solat Fardhu Jumaat

2.30pm Majlis Ikhtifal (Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran, Berzanji & Marhaban)

4.30pm Rehat & Solat Asar

5.00pm Majlis Ikhtifal bersambung semula sehingga selesai

8.00pm Forum Bicara Ad-Deen : “Membina Keluarga & Remaja Berakhlak Mulia”


18hb JULAI 2009 SABTU (HARI KEDUA)

6.30am Kuliah Subuh Perdana

8.00am Slot Bersama Lembaga Zakat Selangor
a. Motivasi Pendidikan – UPSR, PMR & SPM
b. Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
c. Pertandingan Azan (5thn – 12thn)

9.30am Persembahan Nasyid Istimewa : Kumpulan Rabbani







10.00am Taklimat & Kursus Istimewa Bakal Haji oleh Ybhg. Dato’ Ust Hj Md. Daud Bin Che’ Ngah

1.00pm Rehat & Solat Zohor

2.00pm Pertandingan Nasyid Perdana

3.00pm Majlis Pelancaran & Perasmian Karnival Masjid 2009

4.45pm Rehat & Solat Asar

5.00pm Pertandingan Nasyid Perdana bersambung semula

8.00pm Forum Perdana – Antara Zakat dan Berkat


19hb JULAI 2009 Ahad (HARI KETIGA)

6.30am Istimewa Tazkirah Subuh

8.00am Pesta Kuiz Perdana

10.00am Kursus Smart Solat Bersilibus

11.30am Motivasi – “Institusi Keluarga Islam” oleh Dato’ Ust Md Daud Che’ Ngah

2.30pm Pertandingan Memasak - Muslimah

8.00pm Majlis penyampaian Hadiah & Majlis Penutupan Karnival Masjid

9.00pm Diskusi Perdana Istimewa : “Tenat, Nazak, Sakarat, Maut & Akhirat”

Sunday, July 19, 2009

Untukmu mujahidah sejati...

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan




Chorus:
Mujahidah sejati




Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal Al-Quran dan Al-Sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
Menjadi muqorrobin, bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa

Wednesday, July 1, 2009

Nota untuk Da'i


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

aktiviti hujung minggu...

assalamualaikum..
alhamdulillah..tggl 28.06.09 bersamaan hari ahad..bertempat di surau al muhajirin telah diadakan kursus pengurusan jenazah..byk info yg sy dapati bl mengikuti kursus ini..
sy merenung sejenak..rupe2nye byk lg yg saya tidak tahu ttg care2 pengurusan jenazah dgn btol..alhamdulillah...kekadang tu kt ingat nk menguruskan jenazah ni senang je...tp...bkn dgn care yg btol..insyallah kalu ade lg program yg diadakan di surau ini..sy akan hadiri..