kalam pembuka bicara

Friday, June 7, 2013

Nota hatiku buat yang memahami.

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat dan kasihnya,dengan ini telah pun daku lalui 6 semester di bumi tarbiyah itu.Dengan berkat kesabaran serta sokongan dari keluarga,pensyarah dan sahabat,ia ibarat memberi daku kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam usaha menjadi seorang pelajar.Adakalanya saat kesukaran dan kepayahan itu semacam menghimpit daku dan pada waktu dan ketika itu seakan ingin ku akhiri dengan nokhtah.,Alhamdulillah,Allah menjawab doa ku di dalam aku memerlukanNya.

Dalam menempuh perjuangan sebagai seorang pelajar,walaupun bukanlah yang terhebat di sana,tapi peluang untuk daku memanfaatkan ilmu yang diberi adalah cukup bermakna buatku.Segala isi dan pengajaran yang ku dapati,memang tidak dapat diluar sana.Berkat kesabaran seorang murabbi dalam mendidikku agar menjadi insan yang berguna.Kini ku mengerti dan fahami apa itu mehnah perjuangan yang harus ku lalui sepertimana yang pernah dilalui oleh murabbiku. Kini dunia sebagai seorang pelajar telahpun berlalu,sekarang tibalah masanya untuk daku berhadapan dengan realiti sebenar kehidupan. "Kerja".itulah realiti yang harus aku tempuhi,samada ianya menjadi keutamaan ataupun sandaran,terpulang pada ku untuk menggalasnya. Dengan keadaan ku sebegini,jauh di sudut hati tersimpan cita-cita ingin menjadi sepertimana murabbi ku,iaitu menjadi seorang 'pendakwah'. Tidak kira dimananya perlu ku atur hidup ini, jalan dakwah itu semacam menarik minatku dengan lebih mendalam. Teringat kata-kata salah seorang murabbi ku semasa di dalam kelasnya,berkata ia pada muridnya " Kalau orang lain mendapat tawaran daripada Universiti-universiti yang hebat-hebat untuk mengajar,habis nanti siapa yang nak ajar antum semua kalau semua tertumpu pada tempat yang soal gajinya lebih lumayan,tapi ustazah pilih antum semua menjadi anak murid ustazah,ustazah nak anak murid ustazah didepan ini ganti ustazah suatu hari nanti" (Al Fadilah Ustazah Safiah ). AllahuAkbar,tak tertahan air mata tatkala lafaz ini keluar daripada mulutnya sendiri. Memang benar,masing-masing punyai hak untuk menentukan keselesaan masing-masing,tapi berapa ramai yang sanggup berkorban keselesaan demi menjalankan usaha dakwah ini. Peluang daku ketika dapat bersama-sama diantara pertemuan dua muka,pasti tak lekang dari mulutnya menasihati agar penting sifat SABAR di dalam diri manusia itu.

Di arus dunia yang penuh mencabar ini,di dalam usaha ku untuk menjadi seorang pendakwah bukanlah mudah,ianya perlu meletakkan pengorbanan dan usaha ditempat yang tinggi. Ilmu perlulah sentiasa dicari agar persiapan untuk kesana lengkap. Sebagai seorang yang ditakdir untuk memegang amanah, pelbagai bentuk cabaran dan dugaan yang telah aku lalui,teringat kata-kata salah seorang sahabat ku, "bilamana kita telah tekan butang 'pendakwah',bersedia untuk menerima ujian Allah,kerna ujian seorang daie ini memerlukan bentuk kesabaran yang tinggi. Soal hati juga tidak dapat lari daripada ku. Tidak dapat ku rahsiakan hati ini untuk meminati seseorang,tapi apakan daya, hanya mampu meminatinya dari jauh,mungkin diri ini serba kekurangan dan tidak layak baginya. Dengan keadaan ku yang baru habis belajar,tidak punyai pekerjaan lagi,mana mungkin dapat ku petik bunga ditaman andai persediaan untuknya masih punyai kekurangan. Benarlah kata murabbi ku,sifat sabar itu kunci segalanya, Diantara sebabnya aku meminatinya adalah kerana sifat dan akhlaknya yang baik. Tegas di dalam prinsipnya. Alhamdulillah,usaha daku untuk menghalalkannya bagi diriku kan ku cuba sebaiknya,bukan kerana nafsu dan ego,tapi ia hanyalah kerana Allah S.W.T. Andai ianya telahpun menjadi milik orang lain.Hanya mampu ku berdoa yang terbaik buatnya. Aku tidak dapat menzahirkan kata-kata ini secara terus terang. Dikhuatiri akan melukakan hatinya. Sifatku yang gugup bilamana berhadapan dengan perempuan,tidak dapat dibendung. Hanya ku biasa bercakap dengan keluarga ku sahaja, Malah dengan kakak saudara pun aku malu dan gugup untuk berhadapan. Buat masa ini hanya aku 'bertepuk sebelah tangan'. Dengan usia yang mencecah 25 tahun,tidak ia dianggap angan-angan,tapi tiba masanya untuk aku beredar dari dunia angan-angan ku dunia realiti, Sukar bagiku untuk mencari yang lain tidak seperti kebanyakkan orang lain yang ku lihat seperti pepatah melayu 'patah tumbuh hilang berganti',bagi ku ianya adalah kerana berkaitan denga paksi 'kepercayaan',dan mungkin itu membuatku teguh diatas pilihan ku. Tapi dia berhak menentu dengan siapa yang layak baginya.

InsyaAllah,sekarang adalah masa untuk daku mencari pekerjaan yang halal. Sesuai dengan minat ku dan keadaan ku. Dan selepas itu barulah mungkin disitu ada kekuatan untuk menjelaskan isi hatiku kepadanya. Biarlah berterus terang daripada diam tanpa bicara. Janji niatku adalah untuk menjaga hatiku daripada panahan nafsu. Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi) . Sebagaimana telah kita ketahui bersama, bahawa syaitan adalah musuh nyata manusia. Para syaitan selalu berusaha menjerumuskan manusia ke lembah dosa. Dan salah satu perangkap syaitan paling ampuh adalah menggiring manusia untuk mendekati perbuatan zina. Itulah sebabnya jika ada manusia yang berkahwin pada usia muda, syaitan menangis, kerana pernikahan merupakan pelindungan paling kuat bagi manusia dari melakukan dosa besar, yakni zina. Sementara itu Buraidah r.a. berkata, Abu Bakar r.a. dan ‘Umar r.a. datang melamar Fatimah r.a. maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “Sesungguhnya ia masih terlalu kecil.” Kemudian datanglah Ali r.a. melamarnya, maka Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Fatimah dengannya. (HR. Nasa’i) Rasulullah s.a.w. mengahwinkan puterinya, Fatimah r.a. dengan Ali r.a. kerana usia keduanya hampir sepadan dan sebaya.
Mari kita renungi hadith Nabi :

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Monday, June 3, 2013

Dakwah di perkampungan orang asli kuala gandah,lancang , Pahang.

Assalamualaikum wbt.,Alhamdulillah di kesempatan ini daku ingin berkongsi sedikit coretan bersama semasa program Jabatan di perkampungan orang asli lanchang. Aktiviti ini adalah yang pertama daku libatkan diri semasa di sem 2. Alhamdulillah,program ini adalah diwajibkan keatas sem akhir,dengan adanya kouta yang lebih,beberapa orang sahaja pelajar di sem 2 terpilih dan aku gunakan peluang ini sebaik mungkin. Dalam program ini daku dilantik sebagai AJK Ibadah untuk peserta-peserta pogram. Dengan kerjasama yang baik oleh semua pihak,dapat jua daku laksanakan tugas ini dengan jayanya.


*wajah-wajah penting



*majlis perasmian serta taklimat dari ayahnda Jabatan Dakwah iaitu Ustaz haji Ahmad effat

*aktiviti bebas (pusing-pusing kampung)

*meredah semak bagi menyampaikan misi dakwah beserta sumbangan

*kami berkesempatan melawat pusat pemulihan gajah dunia.Best.!!

*tayangan amal 

*malam kebudayaan

*menanti ketibaan tetamu VVIP pada majlis penutupan hari terakhir program


*majlis penutupan dengan menyaksikan beberapa orang asli melafazkan kalimah syahadah serta aktiviti mendapat liputan dari tv al hijrah.


p/s : maaflah ye sebab gambar sendiri kurang..saya juga merangkap jurufoto bebas pada waktu dan ketika itu..hehe..part time job..

Thursday, May 23, 2013

Ya Allah permudahkanlah urusanku untuk kesana..



*perkara pertama dah kawin nanti..terus daftar haji dulu...AllahuAllah..permudahkanlah daku diatas kewajipanku..nk pergi dengan future zaujah if ade rezeki...teringat pesanan maklangku.."zam..maklang dah doa n sebut name zam dpn kaabah..cpt2 pergi mase kudrat masih ade ni.."..thanks maklang,..insyAllah..

Tuesday, May 14, 2013

Dia kawan aku,macam mana nak tegur dia..?

Assalamualaikum.Alhamdulillah..pada kali ni admin nk share satu artikel dari seorang blogger,kisahnya sama sebenarnya apa yang ana cuba smpkan..cuma dalam penulisan ini,hamba yang fakir ini masih lemah dalam penyusunan ayat dan isinya..so kita kongsi-kongsi la ye.hehe
________________________________________________________________________________





Ada anonymous tanya soalan itu. Izinkan 'bro' ini menjawab sekadar termampu. Terlebih dahulu, saya perasan bahawa ada dua komponen utama di dalam soalan ini.

Pertama ialah 'dia kawan aku'
Kedua, 'dia terjebak dalam zina'.

Bagi saya, dakwah yang paling sukar ialah dakwah kepada orang yang kita kenal (kawan-kawan dan keluarga). Golongan yang kita kenal ini perlu kepada pendekatan yang lebih halus, teliti, cermat dan kretif.

Dakwah itu Seni
Dalam banyak-banyak cabang seni, seni dakwah ialah yang paling rumit untuk dikuasai.

Ini kisah saya.
Saya juga sama seperti orang yang bertanya. Saya juga punyai sahabat yang 'nakal'. Bukan semua sahabat saya baik-baik, kerana saya bukanlah manusia yang memilih sahabat. Saya suka bergaul dengan semua golongan manusia, dari kanak-kanak hinggalah kepada golongan dewasa dan berusia. Antara mereka, ada yang tidak bersolat, tidak menutup aurat, tidak itu, dan tidak ini. Tapi pada pandangan mata saya, mereka sama saja. Saya bukan orang yangg layak untuk memberi kemuliaan atau kehinaan kepada mereka.

Sedikit perkongsian
Ramai yang keliru dan tertanya-tanya tentang pendekatan yang terbaik dalam menegur rakan. Saya ada beberapa cara yang praktikal dan saya amalkan. Saya fikir wajar jika saya kongsikan dengan kalian.

Semua orang setuju, bahawa dakwah itu wajib kepada setiap individu mengikut keupayaan masing-masing. Tiada kompromi. Tapi, tak semua orang tahu bahawa hikmah itu juga satu kewajipan, dan inilah punca mengapa dakwah kita tidak berkesan- iaitu kerana kita tidak berhikmah.

Dalam menegur, saya suka meletakkan diri saya sebagai sahabat, dan bukannya warden penjara yang akan sentiasa marah-marah. Ya, tidak dinafikan, kadang-kala saya kelihatan menegur dengan emosi, tapi itu setelah saya considerbeberapa perkara.

Pernah saya ditegur- saya kelihatan beremosi dalam menulis. Tidak. Saya menulis kerana sayang, bukan kerana marah. Saya cuma sedikit bertegas, dan saya tujukan ketegasan saya kepada umum, bukan kepada individu khusus.

Baiklah, sebelum banyak terbabas dari topik asal, saya mahu berkongsi dengan kalian tentang pendekatan dakwah kepada sahabat kita.

Moga bermanfaat.

Serba salah dan tersepit.
Seorang dai' pasti akan mengalami situasi ini- ditelan mati mak, diluah mati bapak. Antara 'menegur' dengan 'mengelakkan ukhuwah dari tercalar', mana yang harus dilakukan. Buntu. Kita tahu, bahawa sahabat kita salah, tapi kita juga tahu, jika kita tegur, maka dia akan menjauhi kita. Akibatnya, peluang untuk dakwah dengan lebih sistematik kepadanya pun akan tertutup.

Jika anda berada di situasi ini, apa tindakan anda?

Dakwah ialah satu bentuk jihad, dan ia memerlukan kepada strategi, perancangan dan saf-saf yang teratur dan kemas seperti yang dinyatakan dalam surah As-saff.

Maka, kita harus menilai tahap kesalahan sahabat kita itu. Adakah dia melibatkan kepada persoalan akidah, atau ia masalah maksiat yang berterusan, atau adakah ia hanya masalah berkenaan akhlak yang kurang enak?

Jika ia berkenaan dengan soal akidah, maka wajib kita bersegera menegur sahabat kita. Tapi sekiranya kesalahan ia adalah dalam bentuk maksiat, maka kita boleh tangguh dan tunggu masa yang sesuai. Tetapi jika ia berkenaan dengan akhlak, maka kita boleh menggunakan pendekatan 'tunggu untuk tunjuk'.

Baiklah, saya akan cuba hurai satu-persatu.

Dalam soal akidah.
Jika sahabat kita ada kecenderungan untuk syirik (cth: di kristian kan), maka kita tidak boleh tunggu lagi, wajib kita bersegera menegur. Mungkin kerana tindakan segera ini, kita akan dibenci atau akan menjejaskan persahabatan, tapi ia berbaloi. Lebih baik kita dibenci olehnya, daripada kita melihat akidahnya terancam.

Dalam soal maksiat.
Pilih masa yang sesuai dan situasi yang sesuai iaitu face-to-face, kemudian mulalah bercakap. Seboleh-bolehnya, kita guna 'pendekatan ajak, bukan mempersoal'. Contoh: seorang yang tidak bersolat. Sebaiknya, kita ajak mereka untuk solat bersama dengan kita, bukan mempersoalkan, kenapa tidak bersolat. Bukannya mempersoalkan itu tidak boleh. Boleh jika kita berniat untuk membantu (cth; mengajar jika dia tak tahu atau menyediakan pakain bersih , jika dia tidak berpakain bersih), tapi pada pengalaman saya, jika kita mempersoalkan, kita akan menutup peluang kita untuk berdakwah pada kali yang lain- iaitu kita akan dijauhi olehnya. Jika sudah jauh, peluang pun semakin tipis. Bagaimana nak berdakwah?

Dalam soal akhlak.
Yang ini bolehlah jika taknak tegur dengan mulut, tapi tegur dengan 'hati' dan menunjukkan akhlak yang baik. Ramai orang sengaja nak ambil short-cut daripada hadis dari Abu Said al-Kudri riwayat Imam Muslim berkenaan dakwah ini. Maksud hadis itu- Jika kita tengok maksiat, kita wajib tegur dengan kuasa. Jika tak mampu, tegur dengan mulut, jika tak mampu, tegur dengan hati dan itu ialah selemah-lemah iman.

Ramai orang, apabila melihat sahabat dia bermaksiat, dia terus nak ubah denganhati iaitu dengan cara meluat dan membenci, sedangkan tak benar cara tu. Dia sendiri belum menegur dengan kuasa dan nasihat, tapi terus nak benci dengan hati. Tak bolehlah begitu...

Kita ada kuasa, iaitu kuasa persahabatan. Dengan kuasa sebagai sahabat, kita berpeluang menegur. Maka, inilah peluang dakwah kita.

Kita akan dibenci? dipandang hina? dimarah? dicaci-maki? dan terasing?

Jika keadaan ini berlaku, maka kita harus melihat ke belakang sekilas. Mungkinkah cacian ini datang kerana dakwah kita tidak berhikmah?

Saya, jika menegur sahabat saya, saya akan menilai tahap kesalahan itu.

Bagi sahabat-sahabat saya yang tidak bersolat, saya tegur mereka secara berseorangan. Tapi melalui cara yang sedikit berbeza. Saya hantar mesej difacebook. Mudah kan?

Sebabnya adalah kerana kesukaran untuk mendapat situasi face to face dan jika ia berbentuk tulisan, 'orang yang betuah' menerima mesej itu boleh membaca berkali-kali. Berbeza jika kita bisik di telinganya (nasihat), mungkin selepas sehari atau dua pesan ini akan hilang.

Tapi jika dalam soal akhlak, saya suka tegur secara terus tapi dengan cara melawak, menggosok-gosok  belakang dia, memicit bahu dia dan memegang tangan dia. Bukan apa, saya hanya mahu supaya mereka rasa dekat dan tidak janggal dan terasing. Apabila berkata-kata juga, janganlah beremosi. Kerana itu, daei' harus pandai melawak dan pandai tersenyum. Daei bukan polis dan bukan warden penjara yang perlu sentiasa serius!

Tidak mudah. Selamanya dakwah tidak akan menjadi sesuatu yang mudah.

Kita sendiri harus berusaha 'memudahkan' ia. Saya suka mengambil contoh dakwah Rasulallah. Bagaimana orang arab jahiliyyah yang no doubt, sangat kasar dan bengis boleh jatuh hati dengan dakwah Baginda?

Ini adalah kerana eratnya ukhuwah yang Rasulallah bina. Kita guna pendekatan itu- ukhuwah. Lalu, bagaimana mahu mengeratkan ukhuwah supaya kita boleh berdakwah, dan dakwah itu akan terkesan kepada mereka?

Sifat-sifat kemanusiaan. Itulah jawapannya.

Kerana itulah, Rasulallah menganjurkan kita untuk selalu senyum, mengucap salam, bermanis muka, bertukar-tukar hadiah, saling bantu-membantu, bertanya khabar dan lain-lain.

Dengan ini, kita berupaya membina hubungan yang baik dengan kawan-kawan kita. Dengan itu juga, jika kita memberi nasihat, mudah untuk mereka ikut. kan?

Saya sendiri bukan sahabat yang baik. Tapi saya masih mampu sentiasa berpesan kepada tiga perkara utama ini. Berulang-ulang kali, tapi syukur, sahabat-sahabat saya tiada yang menolak. Semuanya angguk dan senyum (dalam hati mungkin juga meluat) hehe :)

(1)- Sejahat mana pun kita, jangan tinggal solat.
(2)- Kalau nak buat jahat, jangan dibangga-bangga dan jangan ajak orang lainjoin.
(3)- Kalau terlanjur buat benda jahat, jangan lupa iringi dengan buat benda yang baik-baik.

Seni dakwah ini akan selamanya menjadi satu kesenian yang terindah. Memilikinya adalah lebih baik daripada memiliki ribuan ekor unta merah. Kerana itu, hati-hati sebelum 'membuka mulut' kerana jika silap perkiraan dan cara, sasaran dakwah kita akan lari.

Jangan musnahkan peluang yang ada dengan sikap terburu-buru kita.

Oh, maaf sangat-sangat kerana saya belum menjawab soalan tentang 'dia terjebak dengan zina'. Biar itu jadi tajuk artikel yang akan datang. Cukup kiranya artikel ini menjawab soalan 'dia kawan aku'.

Akhir kata, apa yang baik, silalah amal dan sampai-sampaikan. Mana yang buruk, silalah tinggal dan lupa-lupakan. Maaf jika ada kekurangan dalam artikel ini.


Monday, April 8, 2013

Soleh dan Solehah, "Original atau Jadian"


 Akhi : Assalamualaikum Ya ukhti 
Ukhti : Wa'alaikumussalam wbt

Akhi : Salam Ukhwah dari ana,moga sentiasa didalam redhaNya
Ukhti : Syukran Ya akhi.

( 1 jam kemudian )

Akhi : SubhanAllah,cantiknya gambar..sungguh indah ciptaan Allah ( sambil memuji gambar muslimat td di mukabuku)

Ukhti : AllahuAkbar, itu semua milik Allah..
Akhi : Comey tgk mata ukhti ni..beruntung siapa yang dapat memiliki hati ukhti.

Ukhti : (sambil ketawa di dalam hati ) isk,malulah ya akhi..siapalah ana ni jika nk dibandingkan dgn akhi.
Akhi : jangan kata begitu, tak baik..insyaAllah..ada nanti 'si kumbang' yang akan dtg hinggap..hehe

Ukhti : ada-ada saje akhi ni..saje nk kenekan ana la tu..hehe

Lihat, pada awalnya dua orang hamba Allah ini tidak sama sekali kenal satu sama lain, dengan hanya satu titik sentuhan ukhuwah, maka ia menjadikan hubungan antara dua orang manusia ini menjadi mudah untuk didekati.Perkara ini biasa kita lihat di mana-mana tempat khusus di alam maya ini. Dengan berbekalkan 'Full Set Package" yang ada pada si jejaka, maka kuntuman indah yang sepatutnya menjadi duri bagi si lelaki itu tampak halus untuk disentuh oleh kumbang malar ini.


Firman Allah:

Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32) 

Mari kita renungan kembali firman Allah ini, Allah telah melarang hambaNya daripada menghampiri zina, 'menghampiri' disini bermaksud..segala apa perlakuan,tindakan serta n perbuatan kita yang menjerumus ke kancah perlakuan zina itu, Allah telah larang sama sekali.Tidak dinafikan bahawa fenomena 'Muka Buku' ini menjadi satu arus pembaharuan dalam dunia serba moden ini dengan ia menjadi pencetus kepada zaman belia ini untuk lebih mudah mendampingi serta berinteraksi sesama yang lain tanpa mengenal siapa dan latar belakangnya. Mengapa artikel pada kali ini lebih menekankan laman sosial 'muka buku' ini daripada laman yang lain,sebenarnya para sahabat sekalian,kebanyakkan faktor-faktor kejadian jenayah ringan dan berat ini berpunca daripada laman sosial inilah. Tanpa kita sedari,  segala maklumat dan gambar dapat orang lain untuk meneliti serta merancang sesuatu untuk satu tindakan yang di luar dugaan.

Berbalik kepada isu yang ingin ditekan, ramai dikalangan manusia didalam laman 'muka buku' ini menggunakan nama atau singkatan nama yang berbeza dan berbagai maksud..tidak salah jika hanya menggunakan singkatan yang mudah difahami serta tidak melanggar etikanya. tapi yang menjadi isu sekarang ini adalah, fenomena 'Soleh dan Solehah' ini menarik minat saya untuk memberi komentar serta teguran. Bukanlah ingin menyalahkan nama baik si Soleh dan solehah itu,tapi ia lebih kepada sikap dan perlakuan yang terdapat pada diri mereka itu. Dengan pelbagai nama yang sekali pandang menggambarkan seolah-olah mereka ini banyak ilmunya,serta di upload pelbagai gambar-gambar yang dapat meyakini serta menarik minat si 'solehah' itu ., Masalah ini timbul bilamana sesetengah individu yang mempunyai bilangan 'friend' yang ramai terdiri daripada muslimat-muslimat yang kebanyakkannya berprofile 'purdah/niqab' serta 'tudung labuh',fenomena ini dapat dilihat didalam ruangan-ruangan ataupun forum-forum yang melibatkan perbincangan serta aktiviti-akitiviti kumpulan diwujudkan.

Memang benar, bilamana kita membawa perwatakan islamik, kita mudah dan senang menjadi perhatian serta boleh menjadi bahan untuk orang lain untuk diperkatakan. Bukan sekadar muslimat sahaja, muslimin juga tidak lari daripada kenyataannya. Cuma yang lebih berat permasalahan ini adalah pergaulan antara mereka ini. Penulisan ini bukanlah berdasarkan sifar cemburu ataupun mengikut hawa nafsu, tapi adalah atas dasar pengalaman sendiri yang berlaku didepan mata ini. Pernah ditegur,pernah di nasihat, tapi dengan berbekalkan ilmu yang mereka ada, serta gambaran seorang kononnya 'ustaz', seolah diri ini tidak langsung dipedulikan, mungkin disebabkan 'profile pic' yang hanya seperti insan biasa,tidak mengambarkan ciri-ciri islamik, mereka mudah untuk menolak pandangan dan teguran yang datang daripada seorang yang ingin perkara yang dianggap remeh. Segala hujah dan nas diberi demi untuk menggapai matmalat yang zahirnya telah lari daripada matlamat asal untuk berdakwah. Perkataan 'tak salah' , 'tidak mengapa' ataupun sebagainya yang mungkin,..makin mudah dilafazkan tanpa rasa takut akan Allah yang Maha Agung.

Cuba kita renungkan, Cuba kita hayati dimana silapnya..muhasabah diri dan teguran pada diri ini dan kalian.


Thursday, March 21, 2013

adat vs syariat ( baitul muslim )