kalam pembuka bicara

Saturday, October 12, 2013

My convocation

Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan inayahnya,
langkah yang kecil dan perlahan ini berjaya mendaki,
setapak kejayaan daripada beribu-ribu mehnah yang bakal ditempuhi..
Dengan berkat doa daripada keluarga terutama ayah dan ibu serta
bantuan dan dorongan daripada sahabat dan sahabiah
yang tak putus-putus membantu diri ini yang hampir tersungkur di pintu kedukaan.

Alhamdulillah, tanggal 30/9/13 maka dengan layaknya diri ini dikurniakan segulung diploma 
dari Jurusan Diploma Dakwah dan Pengurusan. Setelah 3 tahun berhempas pulas dan memerah keringat
berjuang di laman tarbiyah ini, maka kolej islam pahang sultan ahmad shah telah kini melakar suatu
memori indah di benak hati ku. Kejayaan ku ini untuk kalian semua. 

 *akhirnya.... ^_^ *

 *Rakan seperjuangan*


*Sahabat yang sentiasa ada dalam susah dan senang*

*selamanya takkan terpisah -SEM 1 ~ SEM 6*

*Rakan sekelas..berjaya semuanya*

*Ukhuwah yang terbina dengan ikatan yang utuh*

*Dialah Ibu,dialah kawan, dialah tempat yang sedia untuk mengadu..itulah our beloved Madam Shafinas*


konvokesyen kali ini sedikit sepi dengan ketiadaan kedua ibu bapa ku kerna mereka berdua dipilih Allah untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.Alhamdulillah,walaupun kegembiraan daku ini tak sama seperti orang lain, tapi 2 hari sebelum tarikh besar ini,daku mendapat berbual seketika dengan ibu dan ayat mula-mula yang diungkap oleh ibuku.."angah..ibu depan kaabah ni..nanti ibu doakan angah ye"....dan dakupun membalas "ibu..angah nak konvo ni"..dan perbualan ku terhenti dengan masing mengalirkan air mata..tapi alhamdulillah..aku bersyukur kepada tuhan kerana doa mereka untuk menunaikan ibadah haji dimakbulkan olehNya.. T_T (tak dapat nak sambung sebab tak tahan sedih).

~sekian sedikit coretan dan perkongsian~


2 comments:

Anonymous said...

Tahniah saudara! Amanah ilmu peru dikembalikan kepada ummat untuk dimanfaatkan..

Muhammad Hizami Bin Masran said...

syukran en.hisyam...insyaAllah,bagaimana ilmu itu dicurahkan,begitulah jua manfaat yg perlu dikembali pada masyarakat..terima kasih segalanya diatas ilmu2 yg en.hisyam turunkan pada saya..khususnya dlm bidang2 fasilitator ini..segala nasihat dan pandngn en.hisyam sy akan ingat..."tugas fasi ini adalah sebgai Pemudah Cara".. ^_^

Post a Comment