Perkara yang dicari dalam kehidupan seorang muslim ialah kebajikan dan kebaikan yang boleh dijadikan bekalan ketika bertemu Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t :
"Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat,tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa. [Al-Baqarah ayat 177 ]

Dosa itu boleh berlaku apabila manusia meninggalkan kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah telah menfardhukan kefardhuan maka jangan kamu persia-siakan".
Sekiranya manusia membuat perkara fardhu, maka dia telah mendapat jaminan syurga walaupun tidak menambah dengan perkara-perkara sunat.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa seorang badwi telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w : " Ya rasulullah tunjukkan kepada saya satu amalan jika saya lakukan maka mendapat memasuki syurga".
Baginda menjawab: "Kamu menyembah Allah dan kamu tidak menyekutukuiNya dengan sesuatupun, kamu mendirikan solat yang wajib, kamu menunaikan kewajiban berzakat dan kamu berpuasa dalam bulan ramadhan".
Lelaki itu berkata: "Demi diriku yang berada di bawah kekuasaan Allah,aku tidak akan menambah atau mengurang daripada amal-amal tadi".
Baginda menjawab: "Kamu menyembah Allah dan kamu tidak menyekutukuiNya dengan sesuatupun, kamu mendirikan solat yang wajib, kamu menunaikan kewajiban berzakat dan kamu berpuasa dalam bulan ramadhan".
Lelaki itu berkata: "Demi diriku yang berada di bawah kekuasaan Allah,aku tidak akan menambah atau mengurang daripada amal-amal tadi".
Apabila lelaki itu beredar Baginda bersabda: " Sesiapa suka melihat salah seorang penghuni syurga maka lihatlah kepada lelaki tadi".
Dosa juga boleh berlaku apabila seseorang itu melakukan larangan-larangan Allah yang berupa dosa kecil mahupun dosa besar.
Antara kesalahan-kesalahan itu ialah membunuh, memakan harta anak yatim, kesaksian palsu, minum arak, berzina, berjudi, dan memakan riba sebagaimana telah ditegaskan oleh Allah s.w.t :

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba. jika memang kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak melakukannya, maka terimalah pernyataan perang dari Allah dan rasul Nya dan jika kalian bertobat maka bagi kalian adalah modal-modal, kalian tidak berbuat zalim dan tidak pula dizalimi”. [ Al-Baqarah : 278-279 ]
Sehubungan dengan itu kita mesti berhati-hati dalam kehidupan agar kita dapat menjauhi dosa-dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil dan sentiasalah kita memohon ampun kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mengasihani dan Dan Mengampuni dosa hamba-hambaNya.
wallahu'alam.
Al Faqir ilallah.
0 comments:
Post a Comment