kalam pembuka bicara

Sunday, May 15, 2011

oh attar..!


assalamualaikum wbt,
rasa-rasanya memang sudah lama tak menulis di ruangan blog ini,asyik copy and paste,bukan apa ramai juga sahabat yang bertanya mengapa selalu 'copy and paste' ini..enta tidak menulis artikel sendiri.?..sebenarnya macam ini,bukan tidak mahu ataupun tidak tahu menulis,tapi jikalau hendak menulis sesuatu artikel itu,ana sebenarnya minat untuk membaca dari ruangan blog sahabat-sahabat lain.,dan kemudian itu jika sesuatu artikel itu menarik minat ana untuk diketengahkan di ruangan blog ana..ana akan ambil..ilmu Allah ini semua sama sahaja..sumber yang kita cari adalah tidak lari dari kisah yang asal..so tidak salah jika ana 'copy' dari mereka-mereka..huhu,


*sekadar gambar hiasan*


merujuk kepada topik pada kali ini,'kegilaan ku'.,haha,bukanlah ana ni gila(Allahuakbar,minta dijauhkan),tetapi merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan ana pabila melihat perkara ini.iaitu minyak attar..Allahuakbar.,entahlah,kalau orang lain sibuk dengan kumpul benda-benda lain,bagi ana pula,ana tidak boleh melihat jika ada gerai-gerai menjual minyak attar ini,mesti mahu pergi dan mencuba bau-bauan ini,kalau hendak dikira dan dihitung jumlah minyak attar yang menjadi koleksi ana,rasanya memang banyak,sebulan boleh habiskan sebotol,kadang-kadang itu,belum sempat habis pun,jika terjumpa gerai-gerai yang menjualnya,mesti balik bukan dengan tangan yang kosong,sekarang ini pun yang masih ada isi ada dalam 6 botol(itu belum campur dengan botol-botol yang ana simpan di tempat lain,ada dalam 7 ke 8 botol lebih kurang),sekali beli bukan satu,paling sedikit ana beli adalah 3 botol,

memakai bau-bauan seperti minyak attar ini adalah sunnah,so menjadi kewajipan bagi ana untuk menyimpan 1 botol di dalam poket jika keluar kemana-mana.,terutama sekali ke masjid.dan jika dihitung purata dalam sebulan kadar pembelian ana,lebih kurang 6 botol sebulan,hitunglah kalau setahun(banyak kan??..huhu),tetapi bagi ana,tidak menjadi masalah dari segi pembaziran ini kerana jika terdapat minyak attar yang ana jarang guna,ana akan bagi pada orang lain seperti adik ana ataupun sahabat-sahabat ana..hehe.erm,ok.,setakat inilah ngomelan ana pada kali ini,sekadar mahu 'asah' bakat untuk menulis bagi diri ana yang tak seberapa ini..

0 comments:

Post a Comment