kalam pembuka bicara
Saturday, December 26, 2009
Al-fatihah untuk adik Hazmirul Hasrul (Aeman)
Thursday, December 24, 2009
Tenangkanlah aku dalam dakapanMu...Wahai pemilik cinta hatiku..
ntah la...sehari dua ni ana rase lain macam sahaja...macam ade sesuatu sahaja yang tak kena...
..hati asyik tak tenteram...dah macam2 perkara ana dah buat..tapi masih ada yang tak kene..nak marah orang pun ade..nak menjerit pn ade...duduk pn tak senang..baring apatah lg..
rase2 nk kene manD bunga kot..mungkin ade sesuatu yang ana tak perasan..Ya Allah..ku perlu bantuan dariMu Ya Tuhan...,berikanlah aku petunjuk dari Mu agar aku tidak terkeluar dari landasan keredhaanMu..teguhkanlah pendirian ku agar tidak terkeluar dari jambatan menuju ke lapangan CintaMu yang sejati..
Monday, December 21, 2009
DugaanMu terhadapku...huhu...sakitnya..!!
kelmarin saya br je melakukan aktiviti yg paling saya gemar..FUTSAL pada waktu malam lebih kurang pkl 10 keatas..nk dijadikan cerite..aritu mmg sy penat sgt..,so disebabkan sahabat sy da janji ngan sahabat die..so mmg tak dpt nk di cancel kn la..act ade team yg nak lwn sgt dgn team sy...dgn keadaan badan yg asyik sengal2 je..sy ikut je la diorng..(pantang dgr futsal je sy ni,hampir pasti nk join..huhu),sampai2 sana..ingatkan da boleh main..last2 team yg nk lwn kami tu br nk otw ke tempat kejadian..aduh...janjinye pkl 10,n then tukar pkl 10.30..setelah lama menunggu..team yg satu ni masih tak nmpk btng hidung..sahabat sy call la diorng..kate merekamereka tgh otw nk dtg..angin satu bdn dibuatnye..so game terpakse ditunda ke pkl 11..kirenye kami da tunggu hampir 1 jam kat tempat futsal...da la bdn terasa sengal2..plus da ngantok dibuatnye...akhirnya..!!!smmp la diorng tepat pkl 11..haish..,,so nk dijadikan cerite bermain la kami selama 2jam...(katenye nk main 1 jam),.ape yg terjadi pd saya..??
haa...minit2 terakhir perlawanan(eceh..da mcm pengulas sukan da..hehe),saya diasak teruk oleh team lwn..salah seorng drpd mereka menerjah saya dgn kakinya yg agak keras..dan saya terus 'terbang' seperti burung dilangit..haha..dan yg menjadi masalahnya adalah..saya jatuh dlm keadaan yg kurang tepat..dgn bdn tersembam..dan dibawahnya tgn sy yg digenggam erat seperti penumbuk...sy jatuh tepat diatasnya mengenai rusuk saya..aduh..kesakitannya amatlah perit..senak sekejap la dibuatnya..,boleh dikatakn 'tangan makan tuan'..begitulah yg saya alami...terpaksalah sy dipapah keluar..kerana saya da nmpk 'bintang'..haha..,dipendekkn cerite..sampai sekarang saya masih merasai kesakitanya dan lebih memeritkan apabila nk bgn dr tido..rase2 saya mayB tulang rusuk saya terseliuh agaknya...erm..dan ditambahkan lagi 'perisa'..ptg td sy bwk motor...tgh leka nk mengelak lubang disebelah kiri tanpa melihat kekanan..kaki sebelah kanan sy dlm keadaan 'free gear' tersangkut diantara batu dan tayar....argh..!!..itulah perkataan spontan yg keluar dr mulut ini...dah la bdn sengal2+sakit bdn+kaki terseliuh=apalah nasibku..,serba tak kene je...erm..so ari ni sy jd pesakit luar dirumah(kuar jgk pg on9,hehe)..takpe2 sabar je la saya mampu..aku redha dgn nasib ku ini....Sekian.!
Tuesday, December 15, 2009
Senarai makan dan hikmahnya dalam islam
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu’.
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati’. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa ‘ia’ itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, ‘Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu’. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan’. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
‘Endive’ (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan ‘makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba’.
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas’. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga’. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda ‘Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.’
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud ‘Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil’. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a’sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., ‘Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.’ Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Monday, December 14, 2009
firstly,,alhamdulillah..selesai sudah majlis perkahwinan kakak kepada sahabat sy pada hari sabtu yg lepas..ape kene mengena pulak dgn sy..??hehe..pada hari tu saya jd bdk penangga coz majlisnye dalam kawasan perumahan yg sy duduki..so menjadi kebiasaan kalau ade majlis2 mcm ni..penduduk2 kawasan akan bergotong royong memasang khemah...susun meja kerusi dan sebgainye...sy mcm biase la...ditugaskan menjaga meja pengantin dan meja VIP..huhu...besar peranannye..hehe..orang dah bg kepercayaan..sy laksanaknnye sahaja...majlis pada hari tu amat meriah..dgn ade slot persembahan percussion dari anak tuan rumah dan juga adik kepada pengantin perempuan...mereka digelar 'Tugu Drum Circle'..mmg gempak la diorng punye show..huhu..erm..tu je nk cerite...hehe..no idea la buat mase ni...
Wednesday, December 2, 2009
Sekadar renungan bersama untuk dikongsi
Sunday, November 29, 2009
Penat tapi seronok..
katering ni adlah NY katering...seperti biase..kalau ade tempahan..ade la keje nye..soalnye bukan duit yg sy kejar tp...kesronokan bile ade aktiviti2 mcm ni.....dpt tolong2 org hidang makanan..mayB sesetengah org menganggap keje mcm ni malu nk buat..tp tidak bg sy...biase la...sy da berkecimpung dlm keje2 amal mcm ni mase form 2 lg..so da jd kebiasaan la mereka memanggil sy untuk menolong..(kate jiran,hehe)..da mc pekerja tetap..dan pekerja2nye adalah dikalangan kawan2 sekitar situ jgk...so mmg kenal la satu same lain..yg bestnye...bile dah ramai2...suasana mmg riuh..huhu..kekadang tu kalau majlis tu mcm tak meriah je...kami la yg tolong meriah kan..hahaha...dgn hilai tawanya,tu yg best kalau dpt tolong.....,,senang je nk tahu ade job tak ari tu...buka pintu..tarik nafas dalam2..kalau ade bau ayam masak merah or bau2 lauk..mmg ade la tu..huhu...rumah sy dah dekat dgn mereka...so rezeki pn mendapat...alhamdulillah....selalunya,bdk2 ni mmg suke kalau sy ikut sekali..sbb sy la tukang meriah kan majlis..ade je bende nk ditawakan..huhu...setiap tempat kalau sy pergi...mmg tak sah kalau penat gelak je..hehe.....insyaallah bln 12 ni ade kenduri lg...so standby je la..
Monday, November 23, 2009
KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA
Malam yang agak membosankan...so sy 'berjalan-jalan' lah di alam maya ini...terjumpa satu website yang memaparkan artikel seperti dibawah ini..agak menarik kerana ia berdasarkan kajian oleh Dato' Fadzillah Kamsah selama 25 tahun tentang ciri2 seseorang dalam bulan kelahirannya...huhu,...sahabat-sahabat sekalian lihat lah ciri2 yang ada pada anda semua..huhu......
KAJIAN 25 TAHUN DATO’ FADZILLAH KAMSAH
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu
Daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga
Punya bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.
APRIL
Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
MEI
Kekerasan hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros
JUN
Berfikiran jauh & berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Cepat marah & cepat sejuk
Suka bercakap & berdebat
Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan & pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya
JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk kawal tak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja
OGOS
Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relax
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih & penyayang
Suka mencari kawan
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur S
angat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik
OKTOBER
Suka sembang
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun
Kecantikan luar & dalam
Tidak pandai berbohong & berpura-pura
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan orang lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan & pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar O
rang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat
NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang “tough” (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik
Thursday, November 19, 2009
Harapanku
Tuhan..telah kau ciptakan setiap insan memiliki perasaan.
Sesungguhnya hati dan perasaan itu bukanlah mainan,
Tersalah langkah akan mengguriskan perasaan..
Tidak ku mampu menyembunyikan perasaan..
Yang sentiasa hadir didalam hidupku.
Dan tidak mampu ku luahkan
Kerna bimbang ia disalah erti
Ya Allah..andai sudah tertulis dia adalah miliku..
Tiada tempat untuk ku meluahkan rasa syukur hanya padaMu
Dan andai dia bukanlah milik ku..
Ku pasrah dengan ketentuanMu Ya Rabbi..
Ku berdoa agar dirinya mendapat yang terbaik dariMu.
Ku mohon dariMu agar
Insan yang bakal bertakhta hatiku nanti
Seorang yang hatinya tidak pernah melupaiMu,
Dan seorang yang tidak pernah lalai
Dari tanggungjawabnya padaMu
Bukanlah rupawan yang dicari
Tetapi cukuplah sekadar sejuk mata memandang..
Dan bukanlah terbaik dikalangan yang terbaik dinanti..
Tetapi cukuplah sekadar ia mampu
Menjadikan dirinya sebaik-baik manusia
Ya allah..ku mohon padaMu
Sebaik-baik insan yang kau berikan..
Janganlah ia menjadikan penyebab aku melupaiMu..
Dan jauhkanlah aku dari godaan syaitan yang membinasakan..
Ku mohon perlindungan dariMu Ya rabbi
Ya Allah..tetapkanlah hati ini
Sesungguhnya seagung-agungnya cinta hanya padaMu
Pimpinlah aku ke jalan yang kau redhai
Dan jauhkan lah aku dari jalan yang kau murkai..
Wednesday, November 18, 2009
Jumaat menanti...
Monday, November 16, 2009
memory of shoutul shabab
bl tgk gambar ni..byk kenangan skali sy dgn soutul shabab..walaupun orang lain anggap gambar ni takde pape pn..tp bg sy..teringat bile sy,dan beberapa sahabat cuba menghidupkan kembali nasyid di sekolah yg telah lame berkubur..dr awal hingga habis sekolah...huhu,alhamdulillah...setelah hampir 5 tahun menyepi..shoutul shabab kembali bersinar..dgn sokongan dr guru2 dan sahabat2 teknik kajang..shoutul shabab kembali mendapat kepercayaan pihak sekolah...walaupun tidaklah sehebat mane...tp bole dikatekn setiap aktiviti rasmi sekolah yang melibat tetamu VIP...shoutul shabab pasti turut diundang membuat persembahan di majlis tersebut...pada sahabat shoutul shabab sekalian...moga ukhwah yg kt bina,,kekal selama2nye...bob,faisal,sidek,sham,affendi,kecik,azizan, junior2 shoutul shabab dan yang lain2..syukran diatas kerjasama kalian..dan tidak lupa jg pada Ustaz Harith yang menjadi tulang belakang dan penaung shoutul shabab...
Sunday, November 15, 2009
Soalan yang kerapkali diajukan padaku...
diantara yang paling familiar bgku diajukan oleh saudara2ku adalah DA ADE CALON KE..??,,
ni yang maleh ku nk jawab..tapi akan daya...saoalan ni keluar pabila ku da dikepung oleh mak2 saudara yang ingin mengorek rahsia ku....mcm mane ni...sahabat semua bayangkan la..kalu seminggu 2 3 kali jumpe mesti soalan yang same..padehal diatasku ade 4 org yg harus settle kn tanggungjawabnye dahulu(2 perempuan 1 lelaki-saudara +my sister)..tp aku la yang menjadi mangsa..erm.....xpe2..aku redha...dgn mata semua tertumpu padaku...dengan tenang ku menjawab..belum ade calon lg..mayB belum diizinkanNya untuk aku kesitu...pasrah je jawapanku...dan dgn pantas mak saudara ku mencantas perbualan ku..'haih..takkan xde kot,tak percaya lah..'..ku menjawab
dgn penuh serius..'betul..mmg xde lg...kalau bole zam nk merebut cinta pada Ilahi dl..insyaallah zam percaya..Dia akan bg yg terbaik untuk zam...'....hah..kelu lidah mak2 saudaraku dgn jawapanku..tak dpt nk cantas lg..hehe..dan alhamdulillah...diorng da kurang bertanye psl ni..coz setiap kali diajukan..akan ku jawab dgn sopan..haha..maksudnya..jawapan yang akan bg mereka fikir blk.....,,ku pasrah dgn ketentuanMu ya Rabbi...
..dengan sepupu2 yang masih kecil...aku la yang paling suke melayan kerenah diorng..ye la..lame da jumpa..tambahan pula mereka2 ni comel2 belaka...wah...best2
..mereka datang ni pn disebabkan pak uda aku akan berconvo pada isnin ni di PWTC..huhu..
die duduk diterengganu...jadi bermalamlah mereka dirumah ku..huhu
dan pagi td bz mengemas rumah..buang itu,,buang yang ini..kemas yang itu kemas yang ini..
fuh..penat la jgk..tp memandangkan ade tetamu yang datang..kene la buat...nnt ape kate diorng plak kn..hehe
so tu je la nk diceritekn..huhu
Thursday, November 12, 2009
Pengalaman sewaktu hampir kene rompak...
Dan bermula adegan drama..dgn serta merta 4 org mamat itu mengeluarkn pedang samurai yg sepanjang..erm..sehasta...(pkai meter korang convert la sndr ye..)..dan org yg dpn td(yg mule2 msk td)menghentak pedangnye di monitor kaunter tersebut smp off la monitor tu..aduh..sy dan sahabat amat lah terkejut...tp buat2 relax je..dlm hati da goyang da...mane tak nye..pedang samurai da kasi keluar la..tp yg beraninye diorng..die tak pkai topeng bile rompak..so sy nmpk dgn jelaslah wajah2 mereka..tp yg sedihnye..yg merompak cc tu adalah org MELAYU jgk..ape la nk jd dgn mereka2 ni...aduh..saat yg mendebarkan telah tiba...sy dan perompak itu bertentangan mata...sy relax je..psl dlm dompet cume ade 20 hengget je..mmg menjadi kebiasaan sy takkan bawe duit byk2 bile keluar mlm..cume sekadar yg diperlukan sahaja..huhu,..tp yg tak senang duduk sahabay sy..dlm dompetnye ade wang ringgit yg berjumlah hampir RM 300...die terus keluarkan duit die dan campkkan kebawah meja..yg sy hairannye..mamat negro yg ade tu..bole pulak tak perasan..die tak tahu ape yg tgh terjadi..leka dgn internet nye..tp alhamdulillah..Allah Maha Penyayang..perompak2 itu langsung tidak dtg kpd kami..mereka cume pandang kami sahaje...syukur..rompakan tu tak la lame..cume mengambil mase 1 minit je..dan mereka cabut terus menghilang...dan mase itu la keadaan apek tersebut menjadi kelam kabut..sehingga membuatkan 'pak tam' td terpinga2 dan bertanye kn ape yg sdng berlaku..sy ckp la kat 'pak tam' tu..Cc ni br je kn rompak(sbnrnye dlm BI,sy terjemahkanye)..dan bole plk 'pak tam' td marah kat kami..kenapa tak bgtahu die awal2..haha..nk ikutkn hati..nk je apek Cc tu ketuk kepala 'paktam' tu dgn keyboard..tp pikir2 blk die pelanggan...sy dan sahabat mengambil keputusan untuk berhenti melayari internet dan terus je blk...dan ....the end..
pengajaran cerite-lepas habis tgk bola blk je..tak payah nk singgah mane2..huhu..
Munajat
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku
Tuhan
ku bisikan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman
Munajatku dalam syahdu
Merindui Maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada Qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku
Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Sunday, November 8, 2009
Ku perlu petunjuk dariMu Tuhan..
ku kini berada di dua persimpangan...yg memerlukan pegorbanan yang tinggi..
tunjukkanlah ku jalan ke arah yang kau redhai..
dan pimpinlah aku agar ku tidak tersalah pilihan...
Derita hati ini..hanya kau sajalah yang memahami..
tak terdaya lagi ku menanggungnya seorang diri tanpa bantuan dariMu...
Ku pohon padaMu...agar mana-mana pilihan ku nanti..
adalah terbaik bagiku...ku tak sanggup melepaskannya..
tapi ia hanya membenarkan aku memilih
satu daripada dua..dan kedua2nya amat penting bagiku..
Diantara KEPERLUAN dan KEMAHUAN..
mana satu yang harus aku dahulukan..??