kalam pembuka bicara

Sunday, January 13, 2013

Kunjungan Indah

Assalamualaikum wbt,

  Selawat dan Salam buat Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang telah meletakkan Islam itu di landasan kebenaran,hanya penyambung tradisi perlu mengekalkan rentak sunnah ini agar ia terpelihara dan mudah di ikuti segenap manusia,

  Alhamdulillah pada sebelum ini,saya berkesempatan untuk menghadiri satu majlis yang serba indah dan barakah dengan kehadiran dua orang yang teramat istimewa dan di antara salah silah yang hampir kepada susur galur keturunan Rasulullah SAW iaitu Habib Ali Zainal Abidin dan Habib Kazim Ja'afar Al Saqqaf.Kehadiran mereka ini adalah sempena satu program yang direncanakan oleh beberapa org individu dan persatuan NGO.Program yang dimaksudkan adalah sempena majlis Kuantan Berselawat dan secara rasminya Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dimana tempat saya menimba ilmu menjadi tuan rumah yang pertama dan lebih indah dengan ia menjadi tempat perasmian bagi acara besar itu.

  SubhanAllah,begitu indah dan terpesona melihat kepetahan Habib Kazim Ja'afar Al Saqqaf dalam menyampaikan tausiah kepada jemaah-jemaah yang hadir dalam bahasa arab dan diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin.Setiap kata-kata yang keluar dari mulut beliau amat terkesan ke dalam jiwa pada mereka yang turut sama mendengarnya.Terus terang,walaupun bukanlah sepenuhnya diri ini memahami bahasa yang di sampaikan,tetapi kepetahan,kelancaran,Bait-bait perkataan yang di lafazkan membuat diri ini secara tidak langsung faham apa yang cuba disampaikan oleh Habib kazim Ja'afar Al Saqqaf,AllahuAkbar.


  InsyaAllah,jika diberi kesempatan dalam ruang dan waktu,akan diri ini cuba me'ringan'kan diri ini untuk hadir ke majlis-majlis seperti ini dalam 
demensi masa dan waktu yang begitu sempit.Bukan apa,setiap kali diriku hadir ke majlis-majlis ini,SubhanAllah,Hanya Allah yang tahu betapa damainya jiwa ini,begitu tenang sekali hati ini yang sebelum itu serabut dalam mehnah dunia yang tiada henti.




Tuesday, December 4, 2012

Kenangan di akhir sem bersama ^_^



~ Gambar dia atas adalah bersama-sama rakan sekelas..sporting belaka~


~bersama barisan tertinggi PEDAP dan Lajnah-Lajnah~

Wednesday, November 14, 2012

Sabar la ye..


Thursday, October 25, 2012

datang singgah bersihkan sesawang..hehe

Assalamualaikum wbt...

............................
...............
....

xde pape pun..sj je....dtg singgah ..hehe

Thursday, June 21, 2012

Murabbi yang akan ku rindui T_T

Tanggal 20/6/2012,dengan secara rasminya seorang murabbi yang amat ku sanjungi dan sayangi telah tamat bertugas di bumi kipsas ini.Tidak dapat digambarkan dengan perasaan,tidak dapat diluahkan dengan kata-kata yang perasaan ku ini amatlah sedih.Selepas ini,pasti ku kan merindui saat-saat bersama semasa di dalam pengajarannya di dalam kuliah.Kan pasti mengamit memori indah pabila menjadi seorang anak didiknya.Senyuman yang tidak lekang pasti dirindui oleh segenap pelajar yang pernah menimba ilmu darinya khususnya daripada jabatan dakwah sendiri.Saat bilamana hendak bersalaman wida'(salam perpisahan),air mata ini tidak dapat lagi dikekang dek kerana begitu kasihnya ku pada murabbi ini yang diberi nama Ustaz Nazri bin mat zin...AllahuAkbar,setiap pertemuan PASTI ada perpisahan...Moga Allah pajangkan umur Ustaz Nazri dan sekeluarga serta dipermudahkan segala urusannya InsyAllah..amiin

.: coretan di majlis perpisahan :.

Ustaz Nazri (tengah)bergambar kenang kenangan bersama dengan pensyarah Jabatan Dakwah yang lain



: Jasamu bagaikan lautan yang tiada bertepian,
Senyumanmu tidak lekang diukir tanpa rasa jemu,
Setiap saat sentiasa melayani kerenah anak didik mu,
kan ku kenang hingga ke akhir hayat ku :

.: Terima kasih guru :.


:puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11::puteh_11:

Thursday, May 31, 2012

Sabar itu kan indah ^_^