
maaf la pd sahabat dan teman,ini kerana jadual sy yang agak bz dan kelam kabut sket..huhu





wasalam...
1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Di dalam ajaran Islam, mengenal Allah lebih dahulu adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal Allah agar hamba-hamba- Nya
Di kalangan manusia cinta kepada-Nya
Pepatah melayu ada berkata: Tidak kenal maka tidak cinta
Percaya sahaja adanya Allah tapi tidak kenal Allah sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Allah, syariat-Nya tidak orang tidak akan menghormati
Mari kita mengenal Allah agar kita cinta kepada-Nya
Allah yang mencipta dunia Akhirat dan seluruh isi-Nya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar,
Maha Berkehendak dan kehendak-Nya tertunai segala-galanya
Allah adalah mengadakan dan mentiadakan, mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat
Kerana keadilan-Nya
Allah adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum,
Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Dia juga menyenangkan dan menyusahkan,
Memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa
Memberi rahmat dan nikmat,memberi nikmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-Nya
Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk syurga adalah dengan rahmat-Nya
Allah adalah Zat yang Maha Esa,
Tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha suci daripada penyerupaan dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan
Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa dapat mengetahui
Kuasa atau kudrat-Nya bukan dengan tenaga
Kehendak-Nya bukan dari perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaan macam manusia
Yang berkuasa dan berkendak adalah Zat-Nya
Begitu juga melihat,mengetahui, mendengar adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan jabbar
sumber : Dwanz
Hadith: |
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Bukhari) |