kalam pembuka bicara

Tuesday, October 14, 2014

blog dah huru hara

Assalamualaikum wbt,

Hi all.

maaf pada viewers semua..

buat masa ni mood nk berblog sudah semakin kurang,

so gue tak rajin nk explore mendalam bab2 ni..

bila skali nk cuba edit..

makin ketinggalan rasenye..

btw..insyaAllah..

blog ini akan tetap direpair sepenuhnya ANDAI mood itu kembali.

sebabnya dsini lah bermula suatu IMPIAN yg dulu aku lakarkan..ngeeee..

Tuesday, November 26, 2013

(entri tanpa suara) diam itu diriku ~_~'








 الصَّبْرُ يُعِيْنُ عَلىَ كُلِّ عَمَلٍ

-Kesabaran itu menolong segala pekerjaan-












Saturday, October 19, 2013

Di antara Dua Dosa


Perkara yang dicari dalam kehidupan seorang muslim ialah kebajikan dan kebaikan yang boleh dijadikan bekalan ketika bertemu Allah s.w.t.




Firman Allah s.w.t :


"Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat,tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa. [Al-Baqarah ayat 177 ]


Ertinya, nilai amal seorang itu akan dikira sekiranya amal itu didirikan atas keimanan kepada Allah dan keikhlasan melakukannya. Manakala dosa yang dilakukan oleh seorang menyebabkan dia semakin jauh daripada Allah s.w.t.


Dosa itu boleh berlaku apabila manusia meninggalkan kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah telah menfardhukan kefardhuan maka jangan kamu persia-siakan".

Sekiranya manusia membuat perkara fardhu, maka dia telah mendapat jaminan syurga walaupun tidak menambah dengan perkara-perkara sunat.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa seorang badwi telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w : " Ya rasulullah tunjukkan kepada saya satu amalan jika saya lakukan maka mendapat memasuki syurga". 

Baginda menjawab: "Kamu menyembah Allah dan kamu tidak menyekutukuiNya dengan sesuatupun, kamu mendirikan solat yang wajib, kamu menunaikan kewajiban berzakat dan kamu berpuasa dalam bulan ramadhan".

 Lelaki itu berkata: "Demi diriku yang berada di bawah kekuasaan Allah,aku tidak akan menambah atau mengurang daripada amal-amal tadi".

Apabila lelaki itu beredar Baginda bersabda: " Sesiapa suka melihat salah seorang penghuni syurga maka lihatlah kepada lelaki tadi".

Dosa juga boleh berlaku apabila seseorang itu melakukan larangan-larangan Allah yang berupa dosa kecil mahupun dosa besar.

Antara kesalahan-kesalahan itu ialah membunuh, memakan harta anak yatim, kesaksian palsu, minum arak, berzina, berjudi, dan memakan riba sebagaimana telah ditegaskan oleh Allah s.w.t :









“Hai orang-orang yang  beriman, bertakwalah  kepada Allah  dan  tinggalkanlah  sisa-sisa  riba. jika  memang  kamu  orang  yang  beriman.  Jika  kamu  tidak melakukannya,   maka   terimalah   pernyataan   perang   dari Allah  dan  rasul  Nya  dan  jika  kalian  bertobat  maka  bagi kalian adalah modal-modal, kalian tidak berbuat zalim dan tidak  pula  dizalimi”. [ Al-Baqarah : 278-279 ]


Sehubungan dengan itu kita mesti berhati-hati dalam kehidupan agar kita dapat menjauhi dosa-dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil dan sentiasalah kita memohon ampun kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mengasihani dan Dan Mengampuni dosa hamba-hambaNya.

wallahu'alam.

Al Faqir ilallah.



Saturday, October 12, 2013

My convocation

Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan inayahnya,
langkah yang kecil dan perlahan ini berjaya mendaki,
setapak kejayaan daripada beribu-ribu mehnah yang bakal ditempuhi..
Dengan berkat doa daripada keluarga terutama ayah dan ibu serta
bantuan dan dorongan daripada sahabat dan sahabiah
yang tak putus-putus membantu diri ini yang hampir tersungkur di pintu kedukaan.

Alhamdulillah, tanggal 30/9/13 maka dengan layaknya diri ini dikurniakan segulung diploma 
dari Jurusan Diploma Dakwah dan Pengurusan. Setelah 3 tahun berhempas pulas dan memerah keringat
berjuang di laman tarbiyah ini, maka kolej islam pahang sultan ahmad shah telah kini melakar suatu
memori indah di benak hati ku. Kejayaan ku ini untuk kalian semua. 

 *akhirnya.... ^_^ *

 *Rakan seperjuangan*


*Sahabat yang sentiasa ada dalam susah dan senang*

*selamanya takkan terpisah -SEM 1 ~ SEM 6*

*Rakan sekelas..berjaya semuanya*

*Ukhuwah yang terbina dengan ikatan yang utuh*

*Dialah Ibu,dialah kawan, dialah tempat yang sedia untuk mengadu..itulah our beloved Madam Shafinas*


konvokesyen kali ini sedikit sepi dengan ketiadaan kedua ibu bapa ku kerna mereka berdua dipilih Allah untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.Alhamdulillah,walaupun kegembiraan daku ini tak sama seperti orang lain, tapi 2 hari sebelum tarikh besar ini,daku mendapat berbual seketika dengan ibu dan ayat mula-mula yang diungkap oleh ibuku.."angah..ibu depan kaabah ni..nanti ibu doakan angah ye"....dan dakupun membalas "ibu..angah nak konvo ni"..dan perbualan ku terhenti dengan masing mengalirkan air mata..tapi alhamdulillah..aku bersyukur kepada tuhan kerana doa mereka untuk menunaikan ibadah haji dimakbulkan olehNya.. T_T (tak dapat nak sambung sebab tak tahan sedih).

~sekian sedikit coretan dan perkongsian~


Wednesday, September 25, 2013

the truth is....


Friday, August 2, 2013

Allah tak sayang kita..???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sekadar ingin berkongsi artikel daripada salah seorang hamba Allah ini..
nice artikel..sharing is caring..


Assalamualaikum..


this post is dedicated to you dear akhi..
dan readers sekalian untuk iktibar..
dengan izin Allah...



biasalah.. org yg dah ada anak akan jadi tempat luahan =.="

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"
Al-Baqarah: 286
Akan ada yang berkata.. "usah fikirkan, ini hal furu'.. percaya pada jodoh dan ketentuan"
tidak kurang juga.. "akhi.. akhi under tarbiyah, tak kan hal-hal macam ni pun jadi kes?"
tidak lupa.. "orang sedih pasal ummah.. ko sedih pasal perkara macam ni?"


sesungguhnya, mulut senang bercakap, tangan pantas menaip, otak mudah melontar pendapat..


hakikatnya..


empunya badan yang menanggung..
ujian diturunkan berbeza-beza ke atas setiap hamba,
ada yang mudah memanjat, mungkin lemah berenang..
ada yang mahir terbang, mungkin lambat berlari..
ini sebahagian dari ketentuan Al-Baari’
kita hormat jihad yang mereka lalui..


atau mungkin juga Al-Hakam ingin menghapus dosa kita dengan turunnya ujian..
apa yang pasti, Allah rindukan rintihan hambaNya dalam setiap ujian..


"tapi aku dah doa tiap-tiap hari.. tiap-tiap kali habis solat.. kenapa Allah tidak makbulkan?"


bayangkan ketika kita kecil.. kita ternampak pisau di dapur..
sebab pisau tu berkilat, shiny, anggun, plus kita selalu nampak mama main dengan pisau tu..
kita jadi tertarik..




lalu kita hampiri pisau tu dengan penuh harapan..
tapi bila kita almost grab the knife, mama kita sempat capai dulu dan sembunyikan..





kita? kita akan menangis, merayu, mengamuk kat mama sebab kita nak sangat pisau tu..
sebab apa? sebab kita bodoh.. ehem... sebab kita jahil (sopan sikit ayat tu teme...)





adakah mama kita buat macam ni sebab tak sayang?
bahkan dia lebih tahu dari kita akan bahaya yang kita tak tahu pada waktu tu..





















i know that feel bro....
i know...

itulah Allah kita.. Allah akan beri yang terbaik untuk kita, bukan yang menghancurkan kita.. Alhamdulillah

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Al-Baqarah : 216

Allah itu tidak kedekut..
kerana Dia lah Al-Wahab...
Dia lah Ar-Razaq..
cuma pemberiannya mengikut keperluan kita..
Dia Al-Muqit..

Allahualam..

kredit tu empunya blog : http://temetemerity.blogspot.com/2013/08/allah-tak-sayang-kita.html