kalam pembuka bicara

Friday, April 6, 2012

inilah diriku

maafkan diri ini jika diri kalian terasa dengan tindakan ku.....

situasi
1.Marah.

Cara Ku : Berdiamkan diri

Orang lihat : Sombong/tak reti bergaul dgn masyarakat dll

2.Sedih

Cara Ku : Dihadapan mu kau lihat ku 'hapening'

orang lihat : Suka sangat la dia ni

3.Tertekan :

Cara Ku : 'Hide'(tu je yg ku reti)

orang lihat : mulalah tu

.:hakikatnya tiada siapa yang memahami diri ini,sekadar apa yang dizahirkan sahaja yang mampu diterjemah,setiap langkah dan waktu ku tempuh,tiada yang memahami hakikatnya diri ini goyah daripada latunan ujianNya,Ku perlukan seorang teman dan sahabat yang setia memahami disisi:.

Mood : Blur/Stress:puteh_10:

Allah jua tempat yang paling sempurna diletakkan pengaduan ku

Allah..Allah..Allah

~wahai teman,maafkanlah diri ini yang lemah dan hina,tidak lain bukan kerana ingin menguriskan hatimu,tapi sekadar ingin melihat mu gembira,biarkan aku ini yang lemah tidak bermaya,asalkan mu gembira dan mampu mendongak ke langit melihat kebesaranNya,itu tujuan ku,itu matlamatku,kan ku cuba laksanakan dibawah kesedaran mu,tidaklah melainkan hanya melihat hamparan senyuman di wajah mu~

p/s : mood malam ni mcm2..
:mTorchlight:

Sunday, April 1, 2012

Doa Bila Sedih dan Doa Agar Bertemu Orang Yang Ikhlas

Doa ketika sedih, tatkala terasa segala isi dunia menghimpit ruang keberadaan kita di alam nyata penuh fatamorgana ini

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.


Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

amalkan Asy-Syu’ara’:83-85 agar kita senantiasa diketemukan dengan orang-orang yang soleh dan ikhlas. Lepas tu cuba tidur dan baca asma’ul husna hingga lena. InsyaAllah bila bangun nanti terasa ketenangan mulai menghiasi jiwa yang sepi. Wallahualam.

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku kedalam golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian. Dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai Syurga yang penuh kenikmatan. [Asy-Syu’ara : 83-85]

Menurut keterangan ahli tafsir do’a inilah yang selalu diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS. Wallahua’alam fissawab

Sabar itu kan indah ^_^

"aku tengok kau cool je,x pernah nak marah":mPanas:

''xde perasaan je ko ni??"

" susah nk tgk ko marah kan.":mGergaji:

ayat di atas ni bukan dituju sape2..TAPI cukuplah bahawa..faktor kejayaan bagi kenyataan diatas dengan mengingat KEBESARAN Allah swt..mudahkan....buat ape nak emosi tak tentu pasal..:mThinking:...nak hilangkan marah dengan sentiasa berzikir pada Allah..insyaAllah..Allah akan bantu kita dalam setiap situasi.:puteh_2:..diri ni dah biase TERPINGGIR,DIPINGGIR DAN DIBUANG KETEPI..Tapi setiap detik itu Allah hadir memberi HARAPAN pada diri ni..AllahuAkbar..