kalam pembuka bicara

Friday, September 30, 2011

wahai da'ie fahamilah...!!



Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda,


لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا ,
وخيرهما الذى يبداء بالسلام


Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.

Nabi juga bersabda : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )

Daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah, moga-moga dalam tempoh tiga hari itu marah masing-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-masing masih tidak bertegur sapa maka hukumnya adalah haram dan kedua-duanya dikira berdosa.


عن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تفتح أبواب الجنة يوم الأثنين والخميس فيغفر فيهما لمن لا يشرك بالله شيئا الا المهتجرين يقال : ردوا هذين حتى يصطلحا

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai.

kita sebagai bakal-bakal da'ie seharusnya mencerminkan watak yang baik kepada golongan-golongan sasaran kita,bukanlah sekadar melafazkan kata-kata yang akhirnya berakhir di bibir sahaja.Sedangkan orang kafir mampu jua melafazkan kata-kata sepertimana dikau lafazkan kerna dek mereka tidak memahami 'isinya'.Allahuakbar

Mari kita berfikir sejenak,jika dikau sibuk menjaga hubungan dengan Allah (Hablumminallah),tapi bagaimana hubungan kamu dengan manusia (Habluminannas),??

kita sibuk berbicara tentang sunnahnya dan terlepas pandang akan sunnah yang satu ini.Nabi Muhammad SAW amat menitik beratkan dalam menjaga hubungan baik antara sahabat-sahabatnya.Nabi amat menghormati dan sayang akan sahabat-sahabatnya dan tidak sesekali membiarkan diri mereka terleka dan alpa dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah,itulah ciri-ciri seorang sahabat yang kita mahu dan diamalkan pada masa kini.

memang benar,ujian bagi para-para daie di zaman era moden ini lebih mencabar dan sentiasa memerlukan pengorbanan kita demi memartabatkan syiar islam.Tetapi ia bukanlah alasan untuk kita lepas tangan sahaja dan membiarkan kita dicalit dengan sifat-sfat yang boleh merosakkan hati ini.Seharusnya kita berwaspada dengan sifat penyakit hati ini antaranya adalah sifat ghurur(terpedaya).

Al-Quran menceritakan perangai manusia tertipu dengan kehebatan dirinya sendiri seperti firman Allah bermaksud:

“Katakanlah, mahukah Kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi ayat 103-104).


Ramai orang beriman, apabila lemah imannya diserang pula dengan penyakit rasa hebat diri sehingga dia melupakan campur tangan Allah dalam melindung dirinya daripada kesilapan. Lalu, mula meremehkan orang lain dan semakin gelap matanya melihat hatinya sendiri, dia tidak nampak sebarang noktah hitam pun dalam hatinya.

Terlalu suci dia melihat diri sendiri dan betapa hinanya orang lain pada pandangannya. Penyakit sebegini dinamakan sebagai ghurur iaitu terpesona atau takjub dengan diri hingga pada tahap menghina dan memandang rendah apa saja daripada orang lain.

Tidak sedikit pun tergerak hati mahu memandang daripada sudut pandangan orang lain dan merasai perasaan pihak berlawanan dengan dirinya. Ditutup pula pintu perbincangan, muzakarah dan musyawarah demi mendapat persefahaman baik.

Apabila semangat keegoan, asabiyah dan ghurur merasuk dalam hati seseorang, dia akan berfikir dan bertindak mengikut hawa nafsu. Agama tidak lagi dijadikan rujukan, bahkan tiada sesuatu pun yang dapat menghalang daripada menzalimi orang lain. Kerana mereka yang berpenyakit ghurur ini menganggap apa saja mereka lakukan adalah benar dan tidak sedikit pun perbuatan mereka itu menyalahi agama dan syariat.

wallahualam.......

Sunday, September 25, 2011

Nabi tegur kesalahan secara kiasan

ANTARA kaedah yang digunakan Nabi Muhammad s.a.w dalam memberikan tunjuk ajar kepada umatnya ialah tidak menjuruskan ucapan kepada orang yang bersalah dengan menyebut kesalahannya.

Baginda biasanya membuat teguran dengan menggunakan lafaz yang ditujukan kepada orang yang tidak ada dalam majlis atau dengan lafaz umum boleh didengar oleh orang ramai, seperti “kenapakah kaum itu melakukan itu... dan itu?”


Pernah satu ketika Nabi s.a.w memerintah seorang daripada suku Bani Asad (untuk memungut zakat). Ada pendapat mengatakan namanya ialah Ibn Allutbiyyah. Apabila dia datang menemui Nabi, dia berkata: “Ini untuk kamu dan ini untuk diriku.”

Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: “Kenapakah seorang amil yang aku utuskan (untuk memungut zakat dan sebagainya) berkata ini ialah untuk kamu dan ini dihadiahkan untukku. Kalaulah dia tinggal di rumah bapanya adakah hadiah itu diberikan kepadanya atau tidak? Dan demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, tidak ada seorang pun di antara kamu mengambil sesuatu daripadanya hanyalah dia datang pada hari kiamat membawanya di atas bahunya.” (Muslim, kitab al-Imarah)

Arahan yang dilakukan secara tidak langsung itu me nunjukkan baginda menghormati manusia sebagai anak Adam dan sedar tujuan perundangan ialah untuk mem perbaiki bukan memburukkan seseorang, kerana membu rukkan seseorang yang bersalah itu boleh mendorongnya supaya berterusan melakukan kesalahan.

Baginda pernah memarahi sahabatnya, Khalid bin al-Walid apabila dia mencaci seorang wanita yang berzina dari Bani Ghamid ketika baginda menjalankan hukuman rejam ke atas wanita itu.

Tindakan Nabi ini adalah implimentasi secara praktikal terhadap kejernihan jiwa dan kebersihan lidah yang terhindar daripada percakapan cabul dan mencela walaupun kepada seteru.

Apabila baginda luka pada hari peperangan Uhud dan darahnya mengalir, sahabat berkata kepada baginda: “Ka laulah engkau mendoakan ke atas mereka (supaya sesuatu bala menimpa mereka), lalu baginda bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai seorang yang melaknat, tetapi aku diutuskan sebagai pendakwah dan rahmat, wahai Tuhanku berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Orang Islam datang menemui Rasulullah s.a.w untuk ber tanya berhubung perkara agama serta dunia dan sering kali al-Quran memberikan jawapan.

Ada lima belas tempat di dalam al-Quran yang menyebut soalan serta jawapannya, antaranya ayat 215, surah al-Ba qarah, maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah ianya dibelanjakan?) Katakanlah; apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan, maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang musafir (orang yang terlantar dalam perjalanan).”

Kebanyakan ayat ini ialah ayat Madaniyah (ayat yang diturunkan di Madinah) dan surah al-Baqarah adalah surah yang pertama diturunkan di Madinah. Surah ini adalah surah yang paling banyak mengandungi soalan serta jawapan kepada persoalan terbabit.

Ini kerana orang Islam pada masa itu ingin mengetahui banyak perkara berkaitan dengan masyarakat baru Islam yang menjadi asas kepada kekuatan negara Islam yang baru lahir itu.

Jika al-Quran tidak mengemukakan jawapan kepada segala persoalan yang dikemukakan oleh orang Islam, sudah tentu Nabi s.a.w memberikan jawapan dengan jawapan yang boleh memberikan manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat.

Baginda memberikan jawapan lengkap kepada semua per soalan, sama ada secara ringkas atau lebih lanjut mengikut keperluan. Baginda tidak membiarkan orang yang bertanya dalam keadaan tidak berpuas hati atau membiarkan mereka tanpa mengetahui walaupun satu aspek daripada persoalan yang diajarkan.