kalam pembuka bicara

Saturday, December 26, 2009

Al-fatihah untuk adik Hazmirul Hasrul (Aeman)

Al-fatihah untuk adik Hazmirul Hasrul anggota kumpulan nasyid Aeman yang pulang ke rahmatullah setelah mengalami sesak nafas. Semoga rohnya dicucuri rahmat

Thursday, December 24, 2009

Tenangkanlah aku dalam dakapanMu...Wahai pemilik cinta hatiku..

assalamualaikum pembuka bicara..

ntah la...sehari dua ni ana rase lain macam sahaja...macam ade sesuatu sahaja yang tak kena...

:puteh_30:..hati asyik tak tenteram...dah macam2 perkara ana dah buat..tapi masih ada yang tak kene..nak marah orang pun ade..nak menjerit pn ade...duduk pn tak senang..baring apatah lg..
rase2 nk kene manD bunga kot:puteh_3:..mungkin ade sesuatu yang ana tak perasan..Ya Allah..ku perlu bantuan dariMu Ya Tuhan...,berikanlah aku petunjuk dari Mu agar aku tidak terkeluar dari landasan keredhaanMu..teguhkanlah pendirian ku agar tidak terkeluar dari jambatan menuju ke lapangan CintaMu yang sejati..
:puteh_21:

Monday, December 21, 2009

DugaanMu terhadapku...huhu...sakitnya..!!

Ya allah...ku mohon kekuatan drMu Ya Rabb..huhu..nak tau kenapa..??:puteh_10:
kelmarin saya br je melakukan aktiviti yg paling saya gemar..FUTSAL pada waktu malam lebih kurang pkl 10 keatas..nk dijadikan cerite..aritu mmg sy penat sgt..:puteh_25:,so disebabkan sahabat sy da janji ngan sahabat die..so mmg tak dpt nk di cancel kn la..act ade team yg nak lwn sgt dgn team sy...dgn keadaan badan yg asyik sengal2 je..sy ikut je la diorng..(pantang dgr futsal je sy ni,hampir pasti nk join..huhu),sampai2 sana..ingatkan da boleh main..last2 team yg nk lwn kami tu br nk otw ke tempat kejadian..aduh...janjinye pkl 10,n then tukar pkl 10.30..setelah lama menunggu..team yg satu ni masih tak nmpk btng hidung..sahabat sy call la diorng..kate mereka:puteh_15:mereka tgh otw nk dtg..angin satu bdn dibuatnye..:puteh_28:so game terpakse ditunda ke pkl 11..kirenye kami da tunggu hampir 1 jam kat tempat futsal...da la bdn terasa sengal2..plus da ngantok dibuatnye...akhirnya..!!!:puteh_18:smmp la diorng tepat pkl 11..haish..,,so nk dijadikan cerite bermain la kami selama 2jam...(katenye nk main 1 jam:puteh_22:),.ape yg terjadi pd saya..??
haa...minit2 terakhir perlawanan(eceh..da mcm pengulas sukan da..hehe),saya diasak teruk oleh team lwn..salah seorng drpd mereka menerjah saya dgn kakinya yg agak keras..dan saya terus 'terbang' seperti burung dilangit..haha..dan yg menjadi masalahnya adalah..saya jatuh dlm keadaan yg kurang tepat..dgn bdn tersembam..dan dibawahnya tgn sy yg digenggam erat seperti penumbuk...sy jatuh tepat diatasnya mengenai rusuk saya..aduh..kesakitannya amatlah perit..senak sekejap la dibuatnya..:puteh_20:,boleh dikatakn 'tangan makan tuan'..begitulah yg saya alami...terpaksalah sy dipapah keluar..kerana saya da nmpk 'bintang'..haha..:pandaGeli_32:,dipendekkn cerite..sampai sekarang saya masih merasai kesakitanya dan lebih memeritkan apabila nk bgn dr tido..rase2 saya mayB tulang rusuk saya terseliuh agaknya...erm..dan ditambahkan lagi 'perisa'..ptg td sy bwk motor...tgh leka nk mengelak lubang disebelah kiri tanpa melihat kekanan..kaki sebelah kanan sy dlm keadaan 'free gear' tersangkut diantara batu dan tayar..:puteh_8:..argh..!!..itulah perkataan spontan yg keluar dr mulut ini...dah la bdn sengal2+sakit bdn+kaki terseliuh=apalah nasibku..:puteh_25:,serba tak kene je...erm..so ari ni sy jd pesakit luar dirumah(kuar jgk pg on9,hehe)..takpe2 sabar je la saya mampu..aku redha dgn nasib ku ini..:puteh_11:..Sekian.!

Tuesday, December 15, 2009

Senarai makan dan hikmahnya dalam islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu’.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati’. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa ‘ia’ itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, ‘Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu’. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan’. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

‘Endive’ (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan ‘makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba’.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas’. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga’. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda ‘Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.’

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud ‘Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil’. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a’sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., ‘Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.’ Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Monday, December 14, 2009

assalamualaikum semua:puteh_27:...huhu..maaf la sy da x mcm dl nk postingkn entry2 baru coz bz sket dgn majlis perkahwinan,dan ikut ayah sy jd pegawai pemerhati untuk perlawanan bola sepak liga subang dan bermacam2 lg.....

firstly,,alhamdulillah..selesai sudah majlis perkahwinan kakak kepada sahabat sy pada hari sabtu yg lepas..ape kene mengena pulak dgn sy..??hehe..pada hari tu saya jd bdk penangga coz majlisnye dalam kawasan perumahan yg sy duduki..so menjadi kebiasaan kalau ade majlis2 mcm ni..penduduk2 kawasan akan bergotong royong memasang khemah...susun meja kerusi dan sebgainye...sy mcm biase la...ditugaskan menjaga meja pengantin dan meja VIP..huhu...besar peranannye..hehe..orang dah bg kepercayaan..sy laksanaknnye sahaja...majlis pada hari tu amat meriah..dgn ade slot persembahan percussion dari anak tuan rumah dan juga adik kepada pengantin perempuan...mereka digelar 'Tugu Drum Circle'..mmg gempak la diorng punye show..huhu..erm..tu je nk cerite...hehe..no idea la buat mase ni...

Wednesday, December 2, 2009

Sekadar renungan bersama untuk dikongsi


Assalammualaikum wbt....


Seandai ada di antara kita,merasa tiada tempat mengadu cerita,kesenangan dan kepahitan,jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami.Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (2:186)


Petikan ayat di atas adalah satu antara beberapa ayat di dalam Al Quran yang meyarankan agar kita berdoa kepada ALLAH.


Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH.

Bersyukurlah kepdaNYA apabila hajat kita disampaikan,

Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan...dan mengharapkan petunjuk.

Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA


Allahu’alam