kalam pembuka bicara

Friday, March 27, 2009

Dijodohkan Di Syurga

"Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauhdan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga."

Sunday, March 22, 2009

DI ANTARA SUNNAH RASULULLAH

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak. “Dalam diri kamu ada tanda-tanda kebesaran tuhan.” Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan ditangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam bahasa arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81+18= 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- mengikut cara Rasulullah s.a.w, baginda akan menggaulkan lauk dengan tangan kanannya dan biarkan ia sebentar, lalu baginda akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingking dan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa??

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari tangan kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan processof digestion.Mengapa hisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari tanah inilah yang paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.

2. Cara Rasulullah s.a.w mengunyah.

- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca basmalah.

-Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah s.w.t, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulallah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu karbon dioksida, apabila bercampur dengan air H2O, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman menjadi acidic. Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa?Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat dibelakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotic yang dapat malawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yang disampaikan oleh Dr.Jamlun Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai ka’bah.Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi. Ia terletak diposisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendiakawan dari Pakistan dan,Arab didapati,tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul di tengah bumi.

Megapa ia empat persegi,ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality andunity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia di umpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa empat persegi melambangkan empat imam besar, maliki, Hambali, Hanafi,dan syafie, melambangkan kebenaran keempat-empat imam tersebut.

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia. HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yg bermaksud: * "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM ) * "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM ) * "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI ) Madah Dari Hukama: * BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP. * MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.. * KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI. Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

SEPULUH WASIAT IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

"1.Apabila mendengar azan makabangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah al-Quran, tatapilahbuku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullahdan janganlah membuang masa dalamperkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertuturdalam bahasa Arab kerana bahasa Arabyang betul itu adalah satu-satunyasyiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberiapa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa keranahati yang sentiasa berhubung denganAllah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak berguraukerana umat yang sedang berjuang itutidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebihnyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yangsia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecampertubuhan-pertubuhan, dan janganlahbercakap melainkan apa- apa yangmemberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengansetiap Muslimin yang ditemui keranaasas gerakan dakwah kita ialahberkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebihbanyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengansebaik-baiknya dan ringkaskanlahperlaksanaannya

Tuesday, March 17, 2009


Thursday, March 12, 2009

Tabah Untuk Kesusahan Untuk Agama


Tidak mungkin bagi orang yang lemah seumpama kita untuk menanggung kesusahan dan kepayahan dalam menyebarkan agama sebagaimana yang telah ditanggung oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Malah berniat untuknya pun adalah susah. Kitab-kitab sejarah penuh dengan kisah-kisah sedemikian tetapi untuk beramal dengannya telah menjadi perkara yang asing. Malah kita tidak ingin pun bersusah-payah untuk mengambil tahu tentang kisah-kisah tersebut. Dalam bab ini dinukilkan beberapa kisah sebagai contoh. Saya memulakan dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w kerana menyebut Baginda ialah asbab keberkatan. Perjalanan Nabi s.a.w ke Taif Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi s.a.w menjalankan usaha dakwah di Mekah selama sembilan tahun dan terus berusaha demi petunjuk dan islah kaum Baginda s.a.w.Dikalangan orang yang menolong Baginda s.a.w, terdapat hanya segolongan kecil daripada mereka yang telah menerima Islam serta segelintir orang yang masih belum memeluk Islam. Kebanyakan orang kafir Mekah berusaha sedaya upaya untuk menyusahkan dan mempersendakan Baginda s.a.w serta para Sahabat r.a dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada. Bapa saudara Baginda s.a.w, Abu Talib juga ialah antara mereka yang baik hati. Walaupun tidak memeluk Islam, dia tetap membantu Baginda s.a.w dalam semua segi. Selepas sepuluh tahun baginda s.a.w menjadi nabi, apabila Abu Talib meniggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran Islam dan meyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai cara secara terbuka. Nabi s.a.w telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka kaum muslimin di Mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam.
Setelah tiba di sana, Baginda s.a.w telah berbicara dangan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya. Baginda s.a.w menyeru mereka kepada agama ALLAH dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya. Walaubagaimanapun, mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran Baginda, sebaliknya telah menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sekali. Sekurang-kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termashur di kalangan bangsa Arab. Sebaliknya mereka telah menjawab secara kasar. Mereka juga tidak rela Nabi s.a.w tinggal di sana. Nabi s.a.w menganggap mereka yang merupakan pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata:"Hoi! Engkaukah orangnya yang ALLAH hantar sebagai nabi?"Orang yang kedua pula berkata,"Tidakkah orang lain daripada kamu yang ALLAH temui untuk diutus sebagai Nabi?" Orang yang ketiga pula berkata,"Aku tidak ingin bercakap dengan kamu, kerana kalaulah kamu sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapanmu mandatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta, aku tidak ingin bercakap dengan orang seumpama itu."Apabila Nabi s.a.w tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu, Baginda s.a.w cuba bercakap-cakap pula dengan orang lain kerana Baginda s.a.w ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung. Malangnya tiada seorang pun yang sanggup menerima. Bukan sahaja mereka tidak menerima bahkan telah berkata kepada Nabi s.a.w, "Keluarlah dari bandar kami ini serta-merta. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka." Apabila Baginda s.a.w sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka Baginda s.a.w telah memulakan langkah untuk pulang. Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar, megejek,mempersendakan dan melontari Baginda s.a.w dengan batu hinggakan kedua-dua kasut Baginda s.a.w dilumuri dengan darah yang mengalir. Dalam keadaan itulah Nabi s.a.w pulang. Apabila Baginda s.a.w sudah selamat daripada pengacau-pengacau tersebut, Baginda s.a.w berdoa: Mahkfum doa nabi : "Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya-upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasaiku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali denganMu." Dengan doa sedemikian, bersemaraklah sifat qahhar ALLAH s.w.t, Raja segala kerajaan. Lalu Jibrail a.s datang memberi salam dan berkata, "ALLAH s.w.t telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab ke atas gunung-gunung. Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa yang tuan kehendaki." Selepas itu, malaikat tersebut memberi salam dan berkata,"Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua-dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan." Baginda s.a.w ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan. Baginda s.a.w telah memberi jawapan,"Aku tetap menaruh harapan kepada ALLAH bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yang akan menyembah ALLAH s.w.t dan beribadat kepadaNya di kalangan anak-anak mereka." Iinilah dia akhlak peribadi mulia seorang yang kita kononya berbangga-bangga menjadi pengikutnya. Sebaliknya, apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari dengan kata-kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak akan padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakiti kita. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita mengaku yang kita ialah pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang mengikut jejak langkah Baginda s.a.w. Setelah menaggung kesusahan dan penderitaan yang sebegitu dasyat, Baginda s.a.w sendiri tidak pun mendoakan keburukan ke atas mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindakbalas.

Tuesday, March 10, 2009

UntukMu Ya Muhammad

Nur itu turun menerangi, Membuka lipatan sejarah, Makkah bersinar memalapkan api majusi, Hamparan diri merendah sujud menghadap Ilahi, Di bahu-Mu hujan maha lebat membasahi, Tugasan mendatang diiring sarat zikir malaikat, Cakerawala tersenyum lambang diri kami, Akulah kami penuh pengharapan. Nur itu turun menerangi lagi, Menyampaikan mukjizat kalam pertama, Iqra!!! Muhammad diam...bungkam dalam kelamnya hira’, Membalut lembar selimut meliputi tubuh, Khadijah menggunung sayang mengusapi peluh, Membuang segala makruh, Lalu iqra’ pun mengalir, Di bibir para sahabat, Di lidah membasahi hati para syuhada’, Dalam debu melingkar nurani anbia’, Semesta terang menembus langit dipasak sinar al-quran dan as-sunnah, Tumpah membasahi lautan ummah, Akulah ummah. Kini nur itu turun lagi menerangi, Menghampar masa membuka gapura cerita, Cerita sayu umatnya yang menderita, Akulah ummat Muhammad, Menghampakan Muhammad di sana yang menangis hiba.